MALAYSIA

Negeri Sembilan capai 100 peratus pendaftaran vaksinasi penduduk dewasa

Bernama 26/07/2021 | 21:09 MYT
AMINUDDIN: Kerajaan negeri sentiasa berusaha memastikan kadar vaksinasi meningkat dan imuniti kelompok dapat dicapai. - Gambar fail
SEREMBAN: Negeri Sembilan telah mencapai 100 peratus pendaftaran penduduk berusia 18 tahun ke atas untuk suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata jumlah pendaftaran 815,980 orang itu menunjukkan penduduk di negeri ini menyedari kepentingan vaksin sebagai instrumen melawan wabak COVID-19.

"Kerajaan negeri sentiasa berusaha memastikan kadar vaksinasi meningkat dan imuniti kelompok dapat dicapai," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Setakat ini 199,526 penduduk di negeri ini telah lengkap menerima vaksin.

-- BERNAMA
#COVID-19 #imuniti kelompok #suntikan #vaksin #Aminuddin Harun #lengkap vaksin #penduduk dewasa #Negeri Sembilan #Kesedaran #kadar vaksinasi