SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan meminta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri membuat pembelian dan permohonan untuk mendapatkan tambahan beras putih tempatan (BPT).
Exco Kanan negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata ini berikutan BPT sebanyak 20 tan metrik atau 2,000 kampit bagi 10 kilogram (kg) untuk Intervensi Pengedaran BPT yang mula diagihkan hari ini, tidak mencukupi bagi menampung keperluan penduduk dalam tempoh seminggu.
"Keperluan rakyat agak mendadak dan saya dapat laporan bekalan ini akan habis dalam tempoh tengah hari ini. Program ini perlu kerap dilakukan termasuk dengan penglibatan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) selepas ini bagi pastikan beras cukup untuk orang ramai.
"Kita akan cuba sebaik mungkin kerana kekurangan ini berlaku di seluruh negara, kita yakin keadaan ini boleh diatasi dengan baik. BPT ini kalau kita bekalkan sekurang-kurangnya 40 tan metrik seminggu akan selesaikan banyak masalah," katanya kepada pemberita selepas meninjau jualan BPT di Pusat Operasi FAMA di sini.
Beliau turut berkata tiada kenaikan harga beras putih tempatan dilaporkan di seluruh negeri ini dan meminta orang ramai tidak membuat pembelian panik kerana masalah kekurangan makanan ruji itu hanya berlaku sementara dan tidak berpanjangan.
Dalam pada itu, Pengarah Pejabat Kawalselia Padi dan Beras Cawangan Negeri Sembilan Irwan Ahmad Rejab berkata pemantauan pihaknya mendapati tiada laporan berhubung bekalan beras tempatan dibungkus semula dan dijual sebagai beras import, selain tiada kes beras diseludup atau stok disimpan.
"Di pasaran, BPT memang sentiasa diedarkan oleh pembekal cuma bila berlaku kenaikan harga beras putih import, bekalan BPT di pasaran cepat habis dan pembekal mengambil masa lima ke tujuh hari untuk hantar bekalan baharu," katanya.
Beliau turut berkata orang ramai tidak perlu berasa bimbang berikutan bekalan beras putih tempatan dijangka akan kembali pulih dalam masa terdekat.
"Nasihat saya supaya pengguna membeli BPT sekadar untuk kegunaan, bekalan akan sentiasa kita tambah. Kita juga telah melantik tiga pemborong dengan kuota 300 tan metrik sebagai tambahan bagi memenuhi keperluan BPT di negeri ini," katanya.
Sementara itu, suri rumah, Anisah Baharom, 42, berkata beliau sudah berada di pusat jualan berkenaan seawal 8 pagi bagi mendapatkan BPT setelah mengetahuinhya menerusi media sosial semalam.
"Saya datang awal kerana takut tak mencukupi, ini kerana kebanyakan stok BPT sangat sukar untuk dibeli di pasar raya dan kedai runcit, kalau nak beli beras import memang mahal . Alhamdulillah saya dapat beli sekampit beras 10kg," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023
Jalaluddin berkata sebanyak 20 tan metrik BPT untuk Intervensi Pengedaran BPT yang mula diagihkan hari ini, tidak mencukupi bagi menampung keperluan penduduk dalam tempoh seminggu. - Gambar fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
NADI perlu dimanfaat secara optimum, lahir masyarakat inovatif
Masyarakat di Negeri Sembilan perlu memanfaatkan Pusat Sebaran Nasional (NADI) secara optimum bagi memperkasakan kemahiran pelbagai bidang seterusnya menjadi komuniti proaktif dan inovatif.
Negeri Sembilan perkenal insentif galakan padi
Kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan insentif galakan padi di bawah peruntukan negeri untuk mengalakkan pesawah menjual hasil padi mereka kepada pusat belian tempatan di negeri itu.
Negeri Sembilan tiada halangan teruskan aktiviti penternakan babi di Bukit Pelandok
Kerajaan Negeri Sembilan tiada halangan dengan cadangan untuk meneruskan aktiviti penternakan babi berkeluasan 713.3 hektar di kawasan Pig Farming Area (PFA) di Bukit Pelandok, Port Dickson.
12 kertas siasatan terhadap GISB di Negeri Sembilan dibuka - Aminuddin
Sebanyak tujuh daripada 12 kertas siasatan berhubung syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Negeri Sembilan telah didakwa di mahkamah.
Negeri Sembilan saran kenakan bayaran masuk Pusat Ikan Hiasan, Muzium Tentera Darat
Kerajaan Negeri Sembilan berpendapat supaya bayaran berpatutan perlu dikenakan bagi kemasukan ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson dan Muzium Tentera Darat.
Hanya syarikat berkemampuan dipilih terlibat industri REE - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan bersedia menerima mana-mana syarikat, termasuk pemilik tanah persendirian yang berminat mengusahakan industri unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini.
GISB: Negeri Sembilan kekal pendirian rujuk pewartaan sesat Al-Arqam - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan kekal dengan pendirian merujuk dan menggunakan pewartaan sesat bagi Penyelewengan al-Arqam pada 2016.
Pemain industri pelancongan perlu tonjolkan identiti Negeri Sembilan - Tan
Pemain industri pelancongan perlu menonjolkan sembilan identiti Negeri Sembilan yang merangkumi adat, seni bina, makanan tradisional, busana, bunga, muzik, tarian, lagu dan permainan tradisional.
Belanjawan 2025 angkat kepentingan rakyat - Aminuddin
Beliau berkata ia dilihat tertumpu kepada pengukuhan sektor ekonomi penting yang dijangka memberi hasil kepada negara dan memperbaiki kemudahan asas dalam pelbagai sektor.
Amaran ribut petir, hujan lebat di Pahang, Negeri Sembilan dan Johor
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 2 petang ini.