awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negeri Sembilan negeri terkini catat kematian keracunan metanol - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
27/09/2018
14:26 MYT
Negeri Sembilan negeri terkini catat kematian keracunan metanol - KP Kesihatan
NOOR HISHAM: Dr Noor Hisham berkata sehingga kini, jumlah kematian akibat keracunan metanol di Selangor seramai 24 orang, Kuala Lumpur (11) orang, Perak (empat) orang dan Negeri Sembilan (satu) orang. - Bernama
Kematian akibat keracunan metanol meningkat kepada 40 orang hari ini dengan Negeri Sembilan menjadi negeri terkini yang mencatatkan kematian selepas Selangor, Kuala Lumpur dan Perak.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua lagi kematian dilaporkan masing-masing satu di Perak dan Selangor.
Dr Noor Hisham berkata sehingga kini, jumlah kematian akibat keracunan metanol di Selangor seramai 24 orang, Kuala Lumpur (11) orang, Perak (empat) orang dan Negeri Sembilan (satu) orang.
Berdasarkan kewarganegaraan pula, kematian melibatkan dua warga Bangladesh, dua (India), 11 (Myanmar), 10 (Nepal), 11 (Malaysia) dan empat lagi tidak diketahui kewarganegaraan.
"Sehingga 12 tengah hari tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima sejumlah 95 notifikasi kes keracunan metanol daripada fasiliti-fasiliti kesihatan KKM dengan Selangor sebanyak 63 kes, Negeri Sembilan meningkat kepada tiga kes, Kuala Lumpur dan Perak kekal , masing-masing 17 dan 12 kes," katanya dalam satu kenyataan.
Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah yang dicatatkan menerima rawatan di hospital, lapan didapati stabil dan dibenarkan pulang.
Sebanyak 17 pesakit masih menerima rawatan di enam hospital di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan.
Beliau berkata daripada 17 pesakit yang masih menerima rawatan di hospital itu, tujuh pesakit dalam keadaan kritikal.
"KKM akan terus memantau situasi dan mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan bagi menangani kejadian ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keracunan metanol
#Ketua Pengarah Kesihatan
#Negeri Sembilan
#Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan