awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan di Pahang terus dapat perhatian, bantuan Perdana Menteri

Bernama
Bernama
28/02/2025
03:45 MYT
Nelayan di Pahang terus dapat perhatian, bantuan Perdana Menteri
Ahmad Farhan (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada Mohammad di rumahnya di Kampung Baru Cherating, Kuantan baru-baru ini. - Gambar Facebook Farhan Fauzi
KUALA LUMPUR: Golongan nelayan di Pahang terus mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terbaru, seorang warga emas yang terjejas pendapatan kerana sudah berbulan-bulan tidak dapat mengail rezeki akibat keadaan laut bergelora, diberikan bantuan.
Menerusi hantaran di Facebook Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang dikongsi Anwar, seorang nelayan Mohammad Kasim, 61, menerima sumbangan wang tunai yang disampaikan oleh Ahmad Farhan di rumahnya di Kampung Baru Cherating, Kuantan baru-baru ini.
"Laut yang dulu menjadi punca rezekinya kini seakan menutup peluang, menyebabkan pendapatannya merosot teruk.
"Namun saya hadir untuk cuba membawa sinar harapan. Dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Pahang, rumahnya akan dibaik pulih agar lebih selesa buat hidup bersama keluarga tercinta," menurut Ahmad Farhan dalam hantaran di Facebook itu.
Beliau berkata, bantuan tersebut diharapkan akan menjadi pemangkin untuk warga emas itu dan keluarganya terus bangkit.
Semalam Ahmad Farhan turut dilaporkan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada nelayan Supian Saman, 39, di Kampung Darat Sungai Ular, Cherating, ketika mengunjungi rumahnya bersempena dengan Ziarah MADANI.
Ahmad Farhan memaklumkan, pihaknya dengan kerjasama ICU Pahang akan membantu membaik pulih rumah Supian yang serba daif dengan dinding semakin rapuh, malah bumbung juga seolah-olah tidak mampu menahan hujan lebat supaya lebih selesa dan selamat untuk didiami. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#nelayan Pahang
#Ziarah MADANI
#bantuan Perdana Menteri
#Ahmad Farhan Fauzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan