awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan hilang: Ibu syukur terima berita Al-Amin selamat

Bernama
Bernama
13/01/2025
16:12 MYT
Nelayan hilang: Ibu syukur terima berita Al-Amin selamat
Barisah Ahmad, 59, berkata dia terus melakukan sujud syukur apabila menerima berita gembira tersebut, namun masih menanti kepulangan anak kedua daripada lima beradik itu. - Foto Sinar Harian
SUNGAI PETANI: Ibu salah seorang nelayan yang dilaporkan hilang di laut sejak Khamis lalu menzahirkan rasa syukur sebaik menerima berita anaknya, Mohamad Al-Amin Sufian, 29, bersama dua rakan, ditemui dalam keadaan selamat.
Barisah Ahmad, 59, berkata dia terus melakukan sujud syukur apabila menerima berita gembira tersebut, namun masih menanti kepulangan anak kedua daripada lima beradik itu.
"Alhamdulillah... syukur bila dapat berita anak dan dua lagi rakannya selamat dan kini berada di Indonesia.
"Selepas solat zuhur, saya berdoa mohon keselamatan anak... dalam pukul 2 petang tadi dapat panggilan daripada Maritim Malaysia memaklumkan kesemua sudah ditemui dan berada dalam keadaan selamat," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Semarak dekat sini, hari ini.
Menurutnya walaupun belum dapat bercakap sendiri dengan Al-Amin, namun sekurang-kurangnya dia sudah boleh menarik nafas lega apabila mengetahui anaknya itu selamat.
"Kalau boleh saya nak pergi sambut kepulangan Al-Amin, cuma tunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa.
"Apa pun, saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam pencarian mereka sehinggalah urusan membawa pulang mereka dari Indonesia," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan tiga nelayan termasuk Al-Amin serta dua beranak, Asrulhisham Zainon, 47, dan anak bongsunya, Mohd Aiman, 16, dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke pangkalan selepas melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat rawai di perairan Pulau Payar dekat Kuala Kedah, Khamis lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nelayan hilang
#selamat
#Mohamad Al-Amin Sufian
#syukur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan