awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan Malaysia ditahan di perairan Indonesia

Fuad Misbah
Fuad Misbah
19/11/2014
23:29 MYT
Nelayan Malaysia ditahan di perairan Indonesia
Sekurang-kurangnya 300 nelayan haram akan ditahan dalam beberapa hari yang akan datang. - AFP PHOTO/SONNY TUMBELAKA
Kerajaan Republik Indonesia telah menahan 200 nelayan Malaysia ekoran daripada tindakan penangkapan ikan secara haram di perairan negara tersebut pada Rabu.
Penahanan tersebut adalah susulan daripada pendekatan tegas yang baru yang disuarakan oleh Presiden Republik tersebut, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi.
"Tidak perlu menahan mereka (nelayan haram), karamkan bot mereka," kata Jokowi seperti yang dilaporkan oleh akhbar Jakarta Post.
"Karamkan 10 hingga 20 (bot). Itu akan membuatkan mereka berfikir. Tetapi ingat untuk selamatkan anak-anak kapal terlebih dahulu," kata Jokowi.
Menurut laporan Reuters di dalam sebuah wawancara bersama Setiausaha Kabinet Republik Indonesia, Andi Widjajanto, membanteras penangkapan ikan secara haram perlu demi menyelamatkan Indonesia yang mengalami kerugian sekitar USD$25 Bilion setiap tahun.
"Presiden telah berkata bahawa sektor maritim Indonesia kini berada di dalam keadaan darurat.. dan kita perlu mengambil satu pendekatan baru yang berani. Oleh sebab itu, Indonesia mengecam tindakan penangkapan ikan secara haram tersebut dan dan tindakan yang keras harus diambil."
"Kami berharap tindakan ini dapat memberikan mesej yang jelas kepada negara-negara jiran kami seperti Malaysia dan China bahawa tindakan tersebut bukan satu tindakan yang biasa bagi kami," lapor Reuters.
Andi menjangkakan sekurang-kurangnya 300 nelayan haram akan ditahan dalam beberapa hari yang akan datang.
Kerajaan Indonesia, menurut Andi telah merancang untuk menjalankan protes secara diplomatik terhadap negara-negara yang terlibat yang dijangka akan membuat aduan ekoran penahanan rakyat mereka.
Republik itu juga bercadang untuk melancarkan satu pasukan pengawal perairan yang baru Disember ini bertujuan untuk mencegah lanun, penangkapan ikan secara haram dan melindungi sempadan laut negara tersebut.
Pada Khamis lalu, Menteri Perikanan dan Hal Ehwal Maritim Indonesia, Susi Pudjiastuti berkata padaDesember ini, Indonesia akan menandatangani satu memorandum persefahaman untuk menentang penangkapan ikan secara haram dengan enam duta dari negara jiran termasuk Malaysia, Filipina, Thailand, Vietnam, Australi, China.
"Keenam-enam duta itu telah berjanji akan membantu menentang penangkapan ikan secara haram," kata Susi menurut laporan Jakarta Post.
Susulan itu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sedang berusaha untuk mengenal pasti kumpulan nelayan Malaysia tersebut, kata pengerusinya Datuk Irmohizam Ibrahim.
Topic Berkaitan
#Andi Widjajanto
#Indonesia
#Joko Widodo
#Jokowi
#Malaysia
#nelayan
#Susi Pudjiastuti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan