awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan selamatkan 11 warga Indonesia 30 batu nautika dari K.Terengganu

Bernama
Bernama
23/10/2014
23:59 MYT
Nelayan selamatkan 11 warga Indonesia 30 batu nautika dari K.Terengganu
Kesemua 11 mangsa hanyut kira-kira 30 batu nautika dari pantai Terengganu kira-kira pukul 7 malam tadi (23 Oktober). - Foto fail.
Awak-awak warga Vietnam yang mengendalikan bot nelayan tempatan telah menyelamatkan 11 orang dipercayai warga Indonesia, yang hanyut kira-kira 30 batu nautika dari pantai Terengganu kira-kira pukul 7 malam tadi.
Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kapten Xavier Thevandas yang mengesahkan kejadian itu berkata, dua buah bot nelayan yang berpangkalan di Chendering itu telah memaklumkan kepada pihaknya tentang perkara itu dan kini mereka dalam perjalanan menuju ke Pelabuhan Perikanan Chendering di sini.
"Mangsa dipercayai warga Indonesia seramai 11 orang telah berjaya diselamatkan, jumlah sebenar (jika ada yang masih hilang) tidak dapat dipastikan atas faktor komunikasi," katanya di sini pada Khamis.
Beliau berkata, APMM sedia untuk menggerakkan asetnya untuk operasi seterusnya jika ada lagi mangsa-mangsa yang hilang ataupun perlu diselamatkan.
Menurutnya pihak APMM belum dapat mempastikan sama ada warga Indonesia yang diselamatkan itu daripada kapal nelayan ataupun kapal dagang.
Topic Berkaitan
#APMM
#bot
#Indonesia
#Kuala Terengganu
#mangsa
#nelayan
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan