awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nenek meninggal dunia, terjatuh motosikal dikejar anjing

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
07/08/2024
00:10 MYT
Nenek meninggal dunia, terjatuh motosikal dikejar anjing
Sazrin (kiri) menunjukkan cctv manakala Nurfarah Allyshah menunjukkan gambar neneknya. - Astro AWANI
IPOH: Wanita warga emas yang meninggal dunia akibat terjatuh motosikal selepas menghantar cucunya ke Sekolah Kebangsaan (SK) Silibin, di sini, awal pagi Isnin, dipercayai cuba mengelak anjing yang berkeliaran.
Dalam kejadian di Jalan Pusat Perniagaan Silibin 1, kira-kira jam 7.15 itu, Rohani Nek, 69, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.
Anak mangsa, Sazrin Mohd Mohtar, 48, berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperolehi daripada premis perniagaan berhampiran, emaknya cuba mengelak anjing yang datang dari arahan hadapan.
“Berdasarkan rakaman CCTV juga terdapat beberapa ekor anjing yang mengejar motosikal yang lalu lalang di kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui di Kampung Tengku Hussein Baru, Silibin, di sini.
Dia yang bekerja sebagai pegurus cawangan sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur berkata, emaknya memang sering menghantar anak saudaranya, pelajar Tahun 5 SK Silibin, Adam Mikeil Shaizul Nizam ke sekolah menaiki motosikal.
Ekoran kemalangan itu, katanya, Adam Mikeil trauma kerana turut kehilangan ayah yang meninggal dunia, juga akibat kemalangan jalan raya, kira-kira lima bulan lalu.
Sazrin berharap, pihak berkenaan, khususnya Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Jabatan Veterinar dapat mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan tragedi sama berulang.
“Kalau betul anjing-anjing itu menjaga premis perniagaan di situ, sepatutnya haiwan tersebut berada di dalam kawasan pagar, bukannya dibiarkan berkeliaran di luar.
“Tambah-tambah lagi ia berdekatan dengan kawasan sekolah, sudah tentu sangat bahaya kepada budak-budak sekolah, khususnya mereka yang berbasikal,” ujarnya.
Sementara itu, seorang lagi cucu mangsa, Nurfarah Allyshah, 18, berkata, neneknya pernah memberitahu sering dikejar anjing yang berkeliaran.
Dalam pada itu, katanya, sejak kebelakangan ini, neneknya selalu menyebut rindu kepada ayahnya (Shaizul Nizam) yang meninggal lima bulan lalu.
“Opah pernah kata dia selalu mimpi ayah dan kadang-kadang katanya ternampak macam kelibat ayah dalam rumah, mungkin dia rindu sangat.
“Hari Ahad lepas, sepatutnya opah nak ziarah kubur ayah tetapi tak dapat sebab hari hujan,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner dalam kenyataannya meminta saksi kejadian untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Edwin Tang Chiew Song di talian 016-5506863 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#warga emas
#Nahas
#motosikal
#anjing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan