SHAH ALAM : Pengguna media sosial menimbulkan tanda tanya berhubung ketidakhadiran Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam satu perjumpaan yang diadakan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bersama ahli ekonomi dan pakar industri bagi membincangkan hala tuju negara.
Sebaliknya, bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pula dijemput Anwar untuk menghadiri perjumpaan tersebut sedangkan beliau bukannya dikenali sebagai pakar ekonomi.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan peranan yang dimainkan Khairy Jamaluddin atau KJ dalam pertemuan itu.
Seorang pengguna Facebook, Ahmad Mohamad berkata, bincang hal ekonomi tanpa Menteri Ekonomi, tetapi kenapa?
"Kami masih memerlukan formula beliau," guraunya.
Menurut seorang pelayar lain yang menggunakan Facebook Nossbarber berpendapat, Rafizi perlu ada dalam perbincangan tersebut kerana ia melibatkan soal ekonomi negara.
"Tidak kisah ia pandangan atau apa, dia Menteri Ekonomi sepatutnya ada," ujarnya.
Selain itu, ada juga netizen mengaitkan penglibatan KJ dalam perbincangan tersebut kerana terdapat ura-ura beliau akan menyertai parti pembangkang menjelang Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi.
Salah seorang pengguna Facebook, Adnan Jaafar mempersoalkan sama ada kerajaan kepimpinan Anwar risau sekiranya KJ menyertai Perikatan Nasional (PN).
"Bimbang KJ join PN ke? soalnya.
"Mahu pujuk KJ lah tu, sebab Wak Jahid, KJ sudah tolak awal-awal," kata pengguna akaun Facebook bernama Lajiah Jiah.
Bagaimanapun, terdapat orang ramai menyokong tindakan Anwar dengan memanggil KJ untuk menghadiri perbincangan tersebut.
"Tidak salah bincang hala tuju negara bersama-sama. Negara kita bersama," luah salah seorang pengguna Facebook. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 18 2023
Khairy dijemput Anwar untuk menghadiri perjumpaan tersebut sedangkan beliau bukannya dikenali sebagai pakar ekonomi. - Gambar fail
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.