awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sertai mesyuarat hala tuju ekonomi bersama PM, KJ kembali?

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
16/06/2023
14:38 MYT
Sertai mesyuarat hala tuju ekonomi bersama PM, KJ kembali?
Khairy dilihat menyertai mesyuarat yang dipengerusikan Anwar bersama-sama Johari dan ahli-ahli ekonomi lain. - Gambar FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perbincangan berkait hala tuju ekonomi negara yang turut disertai Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bersama ahli-ahli ekonomi.
Menurut Perdana Menteri dalam perkongsian di Facebooknya pada Jumaat, perbincangan itu diadakan bagi mendapatkan pandangan dan idea mengenai ekonomi negara daripada segenap lapisan masyarakat.
Jelas catatan itu, perbincangan turut menyentuh bidang pertumbuhan baharu dan kaedah untuk memperkukuh ekosistem pelaburan.
"Segala pandangan yang dikongsikan pastinya akan digunakan untuk membentuk naratif ekonomi Madani yang sedang dirangka bagi mencorak hala tuju ekonomi negara dalam tempoh jangka masa sederhana dan panjang.
"Pakar ekonomi yang saya temui hari ini juga bersetuju bahawa kita punyai masa yang terhad untuk menyelesaikan masalah atau cabaran yang melanda ekonomi negara dan membawa Malaysia kembali ke landasan yang betul.
"Saya faham sebarang reformasi atau pembaharuan memerlukan disiplin dan kesabaran. Ia juga memerlukan keyakinan serta keberanian untuk melakukan perkara yang baharu dan membuat keputusan yang berat untuk kepentingan rakyat dan negara," katanya dalam perkongsian sama.
Dalam pada itu kata Anwar, kerajaan bertekad dan akan bekerja keras bagi memacu pertumbuhan yang inklusif dan mampan.
Jelasnya, pertumbuhan ekonomi bukan hanya angka semata-mata tetapi harus menggarap keperluan serta kehendak rakyat.
Turut hadir dalam perbincangan itu, Pengerusi bersama Ahli-ahli Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Nungsari Ahmad Radhi, Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Prof. Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron.
Topic Berkaitan
#kehendak rakyat
#memacu pertumbuhan
#ekonomi negara
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan