Netizen tak sabar nak rentas negeri, mohon semua beri kerjasama ambil vaksin

Asyraf Roslan
September 22, 2021 15:05 MYT
Aktiviti rentas negeri akan dibenarkan dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Gambar fail/BERNAMA
SUDAH hampir dua tahun rakyat Malaysia terpaksa berkorban daripada melakukan aktiviti yang mereka gemari akibat penularan COVID-19.
Menonton wayang, lepak di restoran mamak sambil menonton bola serta pulang ke kampung antara aktiviti yang tidak dapat dilakukan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Namun, dengan adanya Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), ia sedikit sebanyak memberi harapan kepada rakyat Malaysia untuk kembali hidup normal.
Terbaharu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa aktiviti rentas negeri akan dibenarkan dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Berita ini sudah tentu membawa khabar gembira buat semua terutama anak-anak yang berada di perantauan.
Pelbagai respon positif yang diberikan oleh rakyat Malaysia malah ada di antara mereka memohon agar orang ramai segera menjalankan tanggungjawab mereka demi kesenangan bersama.
Berikut merupakan antara respon netizen yang sempat kami kumpul di laman Twitter Astro AWANI:

Sikit je lagi https://t.co/KyJQG01yJS

— Habib (@habibsyaqroni) September 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tak saaabbaaar lh weyy https://t.co/081djl01pG

— Arisufāhān (@Anez_Fahan) September 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Siiiikit lagi ni. Lagi 10% https://t.co/3WLvwDVQvI

— Miiimi (@miiimilady) September 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

nah cepatlah 90% tu! https://t.co/b3NOdxC8Li

— Nisa (@farhananeesa) September 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

YESSSSS PLISSSSSSS https://t.co/plZ8IG86OQ

— manager mekdi (@HangTaufan) September 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jadi kepada para antivak, silalah vaksin cepat dan jgn selfish, kami inginkan kebebasan seperti dulu https://t.co/f98ymbonGj

— G (@amirullah_mirol) September 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

cepat sikit yee yg dewasa² semua pi ambik vaksin .. jngan jadi antivaksin !! kami nak balik kampung jumpa opah https://t.co/S0lwruRLVD

— Dila Azman (@kechekkkkk) September 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

kemon malaysia . we can do it https://t.co/c0R6rpOtyN

— NENG (@SyafiqYousri) September 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA : Sudah boleh balik kampung dengan syarat 90 peratus vaksinasi dewasa
BACA: PPN: Negeri Sembilan, Pahang dan Johor beralih fasa bermula 24 Sept - PM
BACA: 80.2 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19 setakat 21 Sept- JKJAV
Selain itu Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa berita gembira buat rakyat Malaysia antaranya adalah membenarkan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi tiga buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Pahang dan Johor serta, operasi perniagaan baharu bagi restoran dan kedai serbaneka termasuk kebenaran beroperasi bagi perniagaan spa, pusat kesihatan (wellness) dan urut kesihatan yang bermula 1 Oktober depan.
#COVID-19 #Pelan Pemulihan Negara #program vaksinasi #rakyat Malaysia #rentas negeri #vaksin #PICK #KKM