awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemelut politik Perlis: ‘Presiden Pas disaran ambil alih Pengerusi PN 2.0’ - Afnan
Perolehan projek Tentera Darat: SPRM sita enam akaun bank, geledah beberapa syarikat
SPRM rakam keterangan bekas menteri disyaki terima rasuah RM5 juta, Lamborghini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

80.2 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19 setakat 21 Sept- JKJAV

Astro Awani
Astro Awani
22/09/2021
06:36 MYT
80.2 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19 setakat 21 Sept- JKJAV
Seramai 18,766,340 individu atau 80.2 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 18,766,340 individu atau 80.2 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, JKJAV memaklumkan setakat semalam juga, sebanyak 93.2 peratus atau 21,813,163 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Lebih 80% populasi dewasa Malaysia telah lengkap divaksinasi semalam.
Peratusan terkini kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia setakat 21 September 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/cLSu9jH2Qy
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 22, 2021
BACA: Tahniah! Negara capai sasaran 80 peratus populasi dewasa lengkap divaksin - PM
Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 261,255 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 123,414 dos pertama dan 137,841 dos lengkap.
Laporan harian vaksinasi mengikut negeri bagi 21 September 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/8JxbgKZt84
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 22, 2021
Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 40,925,929 dos.
Laporan kumulatif vaksinasi mengikut negeri setakat 21 September 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/1JMQt6YVyK
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 22, 2021
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PICK
#vaksin
#JKJAV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan