Netizen titip doa, harap kesembuhan segera buat PM

Rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan beliau dan memuji semangat kerja Perdana Menteri yang tidak mengenal penat demi negara. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia menzahirkan rasa prihatin dan mendoakan agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim segera sembuh selepas beliau terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Pahang hari ini akibat masalah sakit belakang.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Anwar Ibrahim batalkan lawatan kerja ke Pahang atas nasihat pasukan perubatan kerana mengalami masalah sakit belakang dan perlu berehat serta dipantau.
- Rakyat Malaysia menzahirkan rasa prihatin dan mendoakan kesembuhan beliau di media sosial, memuji semangat kerja Anwar yang tidak mengenal penat demi negara.
- Netizen menyeru agar Perdana Menteri berehat secukupnya, dengan mesej-mesej menyentuh hati yang menunjukkan sokongan moral terhadap beliau sebagai pemimpin dan bapa.
Tulis pengguna platform Thread, Ted Abu Bakar, "Rakyat tahu betapa bersemangatnya Anwar bekerja untuk negara dan dalam masa sama, Perdana Menteri memiliki sejarah sakit belakang.
"Kita semua tahu betapa bersemangatnya beliau bekerja untuk negara tapi dalam masa sama, PMX juga ada sejarah sakit belakang.
"Rehatlah seketika PMX, rakyat sentiasa mendoakan yang terbaik," tulis Ted.
Ted turut mendoakan agar Anwar dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik untuk terus memimpin dengan cemerlang.
Dalam hantaran lain, Oma Wadda menulis, ada kala melihat Anwar bekerja tahun ini seolah -olah seperti penggal pertama dan terakhir beliau kerana dilihat terlalu kuat bekerja, semoga cepat sembuh.
"Kadang tengok Anwar Ibrahim ni kerja macam this is his first and last term in the office. Seram tengok kerja macam tak nak stop. Speedy recovery Sir," tulisnya.
Ainbatrisyah pula berkata, akhirnya Perdana Menyeri akur dengan arahan pasukan perubatan untuk berehat.
"Akhirnya PMX akur dengan arahan pasukan perubatan suruh rehat. Kalau kita suruh PMX rehat memang tak rehatnya. Syafakallah PMX," katanya.
Datuk Seri Anwar sebelum ini dijadualkan menghadiri beberapa program di Pahang termasuk sesi bersama penjaja kecil dan pelajar universiti, namun terpaksa membatalkan kehadiran atas nasihat pasukan perubatan.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pagi tadi memaklumkan bahawa keadaan kesihatan beliau memerlukan rehat dan pemantauan lanjut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


