KOTA KINABALU:New Sabah Times (NST) akan mencetak edisi terakhirnya hari ini (31 Dis) menamatkan operasinya selepas lebih enam dekad sebagai antara sumber berita tertua dan bereputasi baik di negeri ini.
Pengarah Urusan NST, Felix Gusti berkata penurunan mendadak dalam edaran akhbar dan hasil iklan adalah sebab utama penutupan syarikat itu.
Ia sebelum ini dijadualkan ditutup pada 20 Dis tetapi Gusti berkata syarikat itu mahu menghabiskan kertas akhbarnya sebelum ditutup pada Khamis.
Ketua Pengarang Bahasa Melayu NST, Amin Muin mengesahkan kakitangan syarikat itu ditawarkan gaji tiga bulan tanpa pampasan lain.
Datuk Muguntan Vanar, 55, yang pernah berkhidmat sebagai wartawan di akhbar itu dari 1988-1993, berkata beliau sedih akhbar itu ditutup kerana ia melatih ramai wartawan Sabah.
"Berita yang disiarkan Sabah Times merakamkan banyak peristiwa bersejarah di Sabah terutama pada tahun 1960-an, 70-an dan bahkan 1980-an hingga awal 1990-an," kata Muguntan yang juga Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA).
Muguntan, yang kini merupakan Ketua Biro The Star di Sabah berkata nama Sabah Times sinonim dengan akhbar untuk ramai warga Sabah.
"Masalah yang dihadapi Sabah Times adalah masalah global yang dihadapi banyak syarikat akhbar di negara ini dan di seluruh dunia kerana cabaran media sosial," katanya.
NST ditubuhkan pada 1949 yang diberi nama Kinabalu Times kemudian dinamakan semula sebagai Sabah Times, oleh Tun Muhammad Fuad Stephens yang sebelum itu bekerja sebagai wartawan di North Borneo News, akhbar mingguan berpangkalan di Sandakan, sebelum dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang pertama selepas pembentukan Malaysia pada 1963.
Kali pertama operasi Sabah Times ditutup pada 24 Mac 1995 sebelum dihidupkan semula pada 8 Mac 1998 berikutan pengambilalihan oleh syarikat penerbitan, Inna Kinabalu Sdn Bhd yang kemudian dikenali sebagai New Sabah Times.
Seorang lagi bekas kakitangan, Joseph Joswan Bingkasan, 65, berkata banyak yang dipelajarinya sebagai wartawan ketika berkhidmat dengan Sabah Times.
"Saya bertugas sebagai wartawan dengan Sabah Times di bawah bimbingan bekas Ketua Pengarang, Hugh Mabbett, seorang warga Australia pada akhir 70-an. Penerbitan Sabah Times beberapa kali digantung, tetapi ia tetap berjaya menembusi pasaran.
"Sabah Times adalah jenama sebutan ramai. Rakyat Sabah khususnya golongan tua, merujuk semua akhbar sebagai 'Sabah Times'. Bila mereka kata 'baca Sabah Times' mereka merujuk akhbar, tidak semestinya Sabah Times.
"Sabah Times akan dirindui, tetapi saya optimis ia akan kembali beroperasi," kata Bingkasan, yang kemudian menjadi Editor Berita, di New Straits Times.
Mengimbau kembali kenangannya ketika bekerja di Sabah Times, Bingkasan berkata berikutan kekurangan staf, ada kalanya mereka terpaksa membuat liputan berita serta menyunting berita untuk bahagian Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Kadazan.
"Kadang-kadang sudah terlambat untuk pulang ke rumah, jadi saya tidur atas meja saya," kata Bingkasan yang dianugerahkan Tokoh Kewartawanan Sabah oleh Sabah Press Club, tahun lepas.
Dengan penutupan New Sabah Times, hanya tinggal dua akhbar berbahasa Inggeris di Sabah iaitu Daily Express dan Borneo Post.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 30 2020

Kali pertama operasi Sabah Times ditutup pada 24 Mac 1995 sebelum dihidupkan semula pada 8 Mac 1998, yang kemudian dikenali sebagai New Sabah Times.

Dewan Senat Australia lulus rang undang-undang bayaran untuk kandungan berita
Dewan Senat Australia meluluskan rang undang-undang yang memerlukan Facebook dan Google memberi bayaran bagi setiap kandungan berita yang dikongsikan di platform mereka.

Jenayah | Lolos 13 hari, lelaki Rusia akhirnya ditahan
Setelah 13 hari lolos dari tahanan untuk mengelakkan diri daripada dihantar pulang ke negara asal. Seorang warga Rusia yang menjadi buruan polis antarabangsa (Interpol), berjaya ditahan di Bali, Indonesia. Andrei Kovalenka yang menggunakan nama samaran Andrew Ayer ditahan bersama pasangannya, Ekaterina Trubkina.

Vaksinasi COVID-19 | Ibu bapa di UK terima baik pembukaan sekolah
Kelonggaran itu bakal mengenakan sesi persekolahan di seluruh uk untuk kembali dibuka menjelang 8 Mac. Menurut Pengerusi Mercy UK, Haliza Hashim, pihak ibu bapa dilihat bersedia dan menerima baik mengenai berita pembukaan sekolah itu.

5G | SPV pastikan syarikat penyedia tidak terbeban
Penubuhan Syarikat Bertujuan Khas Kerajaan Malaysia (GOM-SPV) untuk pelaksanaan rangkaian 5G yang akan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dibuat bagi mengelak beban pelaksanaan rangkaian 5G tidak terletak pada bahu pihak penyedia perkhidmatan. Pada masa sama, penyedia perkhidmatan sedia ada dapat meneruskan usaha pelaksanaan gentian optik serta memperbaiki liputan dan kualiti 4G, jelas MCMC menerusi satu kenyataan.

Vaksin COVID-19 | Merealisasikan 'senyum tanpa topeng, peluk tanpa jarak'
'Senyum tanpa topeng, peluk tanpa jarak' - sesuatu yang mungkin sukar direalisasikan tatkala pandemik COVID-19 masih memuncak ketika ini. Namun, impian itu mungkin menjadi nyata tatkala warga dunia kini mula menerima dos vaksin COVID-19 daripada pelbagai pengeluar.

MySejahtera | 505,565 telah daftar suntikan vaksin COVID-19
Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi berkata, setakat jam 4.30 petang tadi, sejumlah 505,565 pendaftaran telahpun diterima.

Vaksin COVID-19 | Vaksin bukan alasan henti amalan norma baharu
Meskipun negara telah memperoleh vaksin, namun ia tidak bermaksud langkah mengamalkan norma baharu telah terhenti. Pakar Perunding Respitori Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Helmi Haja Mydin berkata keberadaan vaksin hanya satu senjata yang perlu disokong dengan amalan norma baharu bagi mengurangkan lagi penularan COVID-19.

Vaksin COVID-19 | Perihal logistik diberi keutamaan
Keperluan logistik menjadi keutamaan kerajaan negeri Sarawak dalam menjayakan program imunisasi vaksin COVID-19 negeri itu. Menurut, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, sejumlah RM30 juta diperuntukkan untuk urusan logistik.

Tidak mustahil PRU-15 September ini - Khairy Jamaluddin
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) mungkin akan diadakan seawal September ini, sebaik sahaja separuh daripada populasi negara menerima suntikan vaksin COVID-19.

Parlimen boleh diteruskan tanpa nasihat PM - Ku Li
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempunyai kuasa memanggil sidang Parlimen tanpa nasihat daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau menyambut baik kenyataan Istana Negara pada Rabu berhubung kebenaran sidang Parlimen sewaktu tempoh darurat.

New Sabah Times melabuhkan tirai
Penurunan mendadak dalam edaran akhbar dan hasil iklan adalah sebab utama penutupan syarikat itu.

Sebuah akhbar tempatan Sabah rancang henti operasi akhir bulan ini
Pengarah Urusannya menjelaskan kekurangan jualan akhbar dan pendapatan daripada pengiklanan sebagai antara sebab syarikat mengambil langkah berkenaan.