KUALA LUMPUR: Pengerusi National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam melepaskan dan membebaskan beliau dan tiga anaknya daripada semua pertuduhan berhubung projek Pusat Fidlot Kebangsaan di Gemas, Negeri Sembilan.
Mohamad Salleh dalam kenyataan berkata, sepanjang 12 tahun, beliau dan keluarga termasuk isterinya, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil terpaksa berdepan pelbagai tuduhan.
Ujarnya lagi, isterinya turut menjadi mangsa politik tohmahan dan penganiayaan sebelum mengambil keputusan meletak jawatan dalam Kabinet Kerajaan, ketika itu.
“Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah Taala kerana fitnah-fitnah yang dilemparkan ke atas saya dan keluarga selama lebih 12 tahun, akhirnya terbukti salah.
“Keputusan yang dibuat oleh Hakim Anand Ponnudurai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam jelas dan nyata membuktikan saya dan ketiga-tiga anak saya tidak bersalah dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kapada kami sejak perbicaraan NFCorp yang bermula pada 2012, mahu pun sebelumnya,” katanya di sini pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Mohamed Salleh berkata walaupun terpaksa terlebih dahulu dihukum oleh ‘mahkamah pandangan awam’, tetapi kebenaran akhirnya dapat ditegakkan
“Saya reda dengan ujian yang telah ditimpa ke atas saya dan keluarga.
“Terang lagi bersuluh, Hakim Anand Ponnudurai membuat keputusan berasaskan fakta sebenarnya bahawa tiada penyelewengan atau apa jua salah laku.
“Malah semua urus niaga termasuk pembelian hartanah dijalankan dengan tatakelola yang betul mengikut perjanjian pinjaman,” tambah beliau.
Astro AWANI semalam melaporkan Mohamad Salleh bersama-sama tiga anaknya, Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah dilepaskan dan dibebaskan daripada saman kerajaan membabitkan RM253.6 juta.
Hakim Anand dalam penghakiman berkata, tiada berlaku sebarang salah guna atau pecah amanah dalam mana-mana urusniaga yang dijalankan oleh NFCorp.
Begitu pun, Mahkamah Tinggi memerintahkan NFCorp membayar balik RM33.7 juta kepada kerajaan, iaitu sebahagian daripada jumlah pinjaman yang tidak digunakan.
Sementara itu, peguam Datuk K. Kirubakaran mewakili defendan-defendan dalam kenyataan bersama memaklumkan, selain Mohamad Salleh dan tiga anaknya, enam lagi defendan lain turut dilepaskan dan dibebaskan daripada semua pertuduhan.
"Mahkamah juga menyatakan bahawa tiada penyalahgunaan wang pinjaman dan tiada pelanggaran “fiduciary duties” oleh defendan-defendan.
"Mahkamah Tinggi turut mendapati bahawa Kerajaan Malaysia melanggar Perjanjian Pelaksanaan apabila mereka gagal membina "export quality abattoir" dan melanggar Perjanjian Pinjaman apabila mereka membatalkan perjanjian tersebut secara tidak sah," demikian menurut kenyataan itu pada Jumaat.
Enam syarikat dikawal keluarga Mohamad Salleh, iaitu National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd, Real Food Corporation Sdn Bhd, Meatworks Corporation Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd, Asian Bioscience Corporation Sdn Bhd dan Techknowlogy Imageware (M) Sdn Bhd.
Prosiding turut dihadiri oleh Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan yang mewakili kerajaan.
Dalam pernyataan tuntutan, kerajaan menyatakan ia menandatangani satu perjanjian dengan NFCorp pada 6 Dis 2007, bagi membiayai kos membangunkan dan mengoperasikan Pusat Fidlot Kebangsaan di Gemas, sebagai sebahagian dasarnya untuk mengembangkan dan meningkatkan pengeluaran daging lembu.
Pinjaman itu dibayar dalam tiga tranche dan keluarga Mohamad Salleh didakwa membuat 10 pengeluaran dengan jumlah keseluruhan RM180.51 juta, dari 24 Jan 2008 hingga 3 Jan 2011.
Hasimi Muhamad
Sat Oct 14 2023
Mohamad Salleh ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Dagang, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat. - Gambar fail/Bernama
Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.
Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
Fokus Minggu Depan: ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau
Bersama Siti Nuraqila Omar membincangkan tentang ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
JIM Terengganu tahan 15 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Operasi Sapu dan Selera di sekitar tapak pembinaan kawasan industri Kertih, Kemaman semalam.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
NFCorp: 12 tahun difitnah, akhirnya kebenaran ditegakkan - Mohamad Salleh
Mohamad Salleh bersyukur selepas mahkamah melepas dan membebaskan beliau dan tiga anaknya daripada semua pertuduhan berhubung projek Pusat Fidlot Kebangsaan.
Elak hantar anak ke sekolah sekiranya ada tanda HFMD - Dr Sahruddin
Menurut Dr Sahruddin, ibu bapa dan guru juga boleh menjalankan aktiviti pembersihan atau semburan disinfeksi pada kerusi, meja dan barang mainan anak-anak dan murid-murid mereka.