awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NGO di Pulau Pinang tandatangan, lafaz IBR

Bernama
Bernama
05/08/2017
01:15 MYT
NGO di Pulau Pinang tandatangan, lafaz IBR
DZULKIFLI: Inisiatif melibatkan NGO ini merupakan julung kali diadakan kerana sebelum ini IBR dilaksanakan di jabatan atau agensi kerajaan dan pihak swasta. -Gambar fail
Lebih 100 kepimpinan badan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang menandatangani dan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai menunjukkan komitmen dalam memerangi rasuah serta salah guna kuasa.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad berkata inisiatif melibatkan NGO ini merupakan julung kali diadakan kerana sebelum ini IBR dilaksanakan di jabatan atau agensi kerajaan dan pihak swasta.
"SPRM amat berbesar hati atas komitmen dan keprihatinan yang ditunjukkan NGO di Pulau Pinang untuk sama-sama bagi sokongan kepada SPRM untuk pastikan negara bebas rasuah dan salah guna kuasa," katanya kepada pemberita selepas lafaz IBR bersama kepimpinan NGO dikenali sebagai Malaysia Corruption Watch (MCW) di sini, pada Jumaat.
Dzulkifli juga berkata masih terdapat banyak kes rasuah besar yang akan dibongkarkan pihaknya selepas ini.
Katanya, walaupun terdapat beberapa kes berprofail tinggi telah didakwa di mahkamah sepanjang tahun ini, namun pihaknya masih meneruskan operasi membasmi rasuah di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IBR
#Ikrar Bebas Rasuah
#kerajaan
#NGO
#operasi
#Rasuah
#SPRM
#swasta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan