awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NGO gesa Laos bantu selamatkan rakyat Malaysia mangsa sindiket

Bernama
Bernama
26/09/2022
20:40 MYT
NGO gesa Laos bantu selamatkan rakyat Malaysia mangsa sindiket
Musa menasihatkan mangsa yang pulang ke Malaysia supaya membuat laporan polis kerana kenyataan mereka amat berguna jika ada penglibatan rakyat Malaysia dalam sindiket itu. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tiga badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia menggesa Kerajaan Laos untuk membantu membebaskan rakyat Malaysia yang jadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di negara itu yang mengabui mata mangsa dengan tawaran gaji lumayan.
Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) dan Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM) semalam menyerahkan memorandum berkenaan di Kedutaan Laos di sini.
Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim mendakwa 700 warga Malaysia dikurung, dipaksa terlibat dalam jenayah seperti penipuan dan perjudian dalam talian selain berhadapan ugutan dan siksaan.
Beliau juga mendakwa mangsa telah banyak kali membuat laporan kepada polis Laos tetapi tidak banyak tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa mengenai isu itu.
Hishamuddin berkata 10 mangsa berjaya diselamatkan daripada sindiket itu menerusi campur tangan Kedutaan Malaysia dan empat daripada mereka telah melarikan diri dari negara berkenaan.
Beliau juga berkata difahamkan sindiket terbabit menawarkan ganjaran setinggi AS$2 juta untuk mereka yang berjaya menangkap mangsa yang melarikan diri.
Presiden MCCC Tan Sri Musa Hassan menasihatkan mangsa yang pulang ke Malaysia supaya membuat laporan polis kerana kenyataan mereka amat berguna jika ada penglibatan rakyat Malaysia dalam sindiket itu.
"Tolong laporkan kepada polis jadi kenyataan anda boleh dirakamkan kerana kami mahu tahu sama ada terdapat ahli sindiket di sini yang terlibat membawa rakyat kita ke negara itu.
Pada masa ini, kami bekerjasama dengan Wisma Putra dan Polis Diraja Malaysia untuk mendapatkan maklumat (berkaitan) dan mengusahakan pembebasan (mangsa) untuk kembali ke pangkuan keluarga mereka," katanya,
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ngo malaysia
#sindiket penipuan pekerjaan
#laos
#Musa Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan