awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NGO kumpul 50,000 tanda tangan minta kerajaan kawal selia rokok elektronik

Bernama
Bernama
27/09/2015
00:43 MYT
NGO kumpul 50,000 tanda tangan minta kerajaan kawal selia rokok elektronik
Kajian menunjukkan penggunaannya mampu mengurangkan ketagihan merokok dalam kalangan perokok tegar sehingga 80 peratus.
Malaysian Organisation of Vape Entities (MOVE), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mengumpul 50,000 tanda tangan daripada pengusaha dan pembeli rokok elektronik atau Vape bagi meminta kerajaan mengawal selia penggunaan produk itu di negara ini.
Presidennya Samsul Kamal Arrifin berkata MOVE yang turut dianggotai pembeli Vape mahu kerajaan memastikan pembuatan, penjualan dan pengedaraan produk itu dikeluarkan secara sistematik, selamat dan berstruktur.
"Kami menerima banyak maklum balas yang mengatakan Vape memudaratkan kesihatan daripada merokok, sedangkan Vape menggunakan cecair yang diwapkan menggunakan pemanasan secara elektronik.
"Rata-rata pengguna Vape mahukan penggunaan dan penghasilan cecair Vape dikawal selia seperti rokok,"katanya pada sidang media di sini, pada Sabtu.
Sementara itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun yang menerima petisyen itu daripada MOVE berkata pihaknya berharap kerajaan tidak mengharamkan penggunaan Vape sebaliknya mengawal selia produk itu.
Beliau berkata ini kerana kajian menunjukkan penggunaannya mampu mengurangkan ketagihan merokok dalam kalangan perokok tegar sehingga 80 peratus.
Menurutnya pengusaha Vape, yang mula diperkenalkan di Malaysia pada 2011 dan mempunyai kira-kira 400,000 pengguna sehingga kini, perlu mengamalkan amalan pembuatan baik bagi memastikan ia tidak menjejaskan kesihatan.
Topic Berkaitan
#Khairul Azwan Harun
#Malaysian Organisation of Vape Entities
#vape
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan