awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nicol David, Chong Wei dan Mirnawan dipilih sebagai ahli jawatankuasa Road to Gold

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
02/11/2023
07:14 MYT
Nicol David, Chong Wei dan Mirnawan dipilih sebagai ahli jawatankuasa Road to Gold
Dari kiri: Nicol, Chong Wei dan Mirnawan merupakan tiga legenda sukan negara dalam bidang sukan masing-masing.
TIGA personaliti legenda sukan negara akan membarisi jawatankuasa Road To Gold (RTG) bagi membantu negara mencapai matlamat memenangi pingat emas Olimpik yang pertama buat Malaysia.
Mereka ialah legenda skuasy Datuk Nicol Ann David, legenda badminton Datuk Lee Chong Wei, dan legenda hoki Datuk Mirnawan Nawawi.
Mereka dipilih berdasarkan kepakaran serta pengalaman yang tidak ternilai dan menjadi jambatan kukuh di antara Jawatankuasa dengan atlet Road to Gold yang dipilih.
Jawatankuasa yang baru ditubuhkan itu akan dipengerusikan bersama oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Norza Zakaria.
Jawatankuasa Road to Gold akan bekerjasama dengan Program Podium sedia ada yang bertujuan untuk persediaan atlet elit.
Kerjasama ini merangkumi latihan harian, pendedahan antarabangsa, perkhidmatan jurulatih, kakitangan sokongan, sains sukan, dan perkhidmatan perubatan, dengan matlamat menghapuskan sekatan dan menyediakan sokongan tambahan kepada atlet-atlet yang berpotensi memenangi pingat emas di Sukan Olimpik pada dua kitaran akan datang.
Jawatankuasa ini akan menyediakan rangka kerja jangka panjang meliputi Sukan Olimpik Paris 2024 dan Los Angeles 2028.
Bagi Sukan Paralimpik pula, program emas para atlet diteruskan di bawah Program Podium di peringkat Majlis Sukan Negara (MSN).
Selain tiga legenda sukan, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League Datuk Stuart Ramalingam yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengurusan MSN turut dilantik sebagai Penyelaras Projek RTG, dibantu oleh Michelle Chai, yang mempunyai pengalaman luas dengan badan dan agensi sukan antarabangsa.
Semua pelantikan adalah atas dasar sukarela sebagai sebahagian daripada usaha pembinaan negara (nation-building) secara kolektif.
Jawatankuasa ini juga akan secara aktif membina kerjasama strategik dengan sektor korporat agar mereka turut terlibat dalam projek nasional utamaini.
Berikut senarai pasukan Road to Gold 2024-2028:
Pengerusi bersama Hannah Yeoh Tan Sri Norza Zakaria Datuk Hamidin Mohd Amin (Ahli Majlis FIFA, Chef de Mission) Datuk Nicol Ann David (Timbalan Chef de Mission)
Penyelaras Projek RTG Datuk Stuart Ramalingam
Pembantu Penyelaras Projek Michelle Chai
Ahli Jawatankuasa Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Ahmad Faedzal Mohd Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak Datuk Lee Chong Wei Datuk Mirnawan Nawawi
Topic Berkaitan
#Road to Gold
#Lee Chong Wei
#Mirnawan Nawawi
#Nicol Ann David
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan