awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nikah guna sindiket boleh akibatkan perkahwinan tidak sah

Bernama
Bernama
20/11/2021
09:14 MYT
Nikah guna sindiket boleh akibatkan perkahwinan tidak sah
Pasangan pengantin dinasihatkan memilih kaedah perkahwinan yang telah disahkan oleh pihak berkuasa. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Perkahwinan menggunakan khidmat sindiket nikah dibimbangi tidak dijalankan mengikut hukum syarak seterusnya boleh menyebabkan perkahwinan itu tidak sah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata kerajaan telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) perkahwinan yang jelas, justeru pasangan pengantin seharusnya memilih kaedah yang telah disahkan.
"Sindiket nikah tiada autoriti untuk melaksanakan perkahwinan, masyarakat di luar sana yang tidak arif dengan prosedur perkahwinan akan menganggap apa yang dilakukan sindiket nikah adalah betul sedangkan ia tidak betul.
"Jika SOP perkahwinan tidak diikuti dengan betul, maka perkahwinan itu tidak sah. Perkara ini perlu diambil berat oleh pasangan yang ingin berkahwin," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serahan Program TH Prihatin Negeri Kelantan di Lembaga Tabung Haji Kelantan di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai seruan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) kepada pasangan yang bernikah menggunakan khidmat sindiket 'Lebai Lah' dari Kuala Krai supaya tampil menghubungi jabatan berkenaan.
Langkah tersebut dibuat untuk mengesahkan sama ada pendaftaran pernikahan mereka sah mengikut hukum syarak atau sebaliknya berikutan penahanan bekas imam itu pada 28 Okt lepas.
Sementara itu, Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa meminta masyarakat supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran harga murah untuk menunaikan ibadah umrah.
"Masyarakat juga perlu memilih ejen berdaftar supaya tidak menjadi mangsa penipuan.
"Umrah ini di bawah kelolaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). MOTAC telah meletakkan harga lantai umrah ialah RM6,900 dan harga itu yang paling murah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket nikah
#tidak sah
#lebai lah
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan