awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nikah tetap sah walaupun pengantin lelaki sebut 'Aku terima' atau 'Aku reda' - Zulkifli

Sinar Harian
Sinar Harian
17/10/2023
04:40 MYT
Nikah tetap sah walaupun pengantin lelaki sebut 'Aku terima' atau 'Aku reda' - Zulkifli
Zulkifli berkata, ucapan balas atau jawapan pengantin lelaki sama ada 'Aku terima' atau 'Aku reda'sudah memadai dan mencukupi, sekali gus menjadikan perkahwinan itu dikira sah. - Gambar fail
SUSULAN balasan ringkas lafaz qabul yang diucapkan pelakon, Sabri Yunus ketika majlis pernikahannya bersama Angeline Tan baru-baru ini, masih ada segelintir pihak yang mempertikaikannya.
Bagaimanapun, Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang menikahkan pasangan selebriti sama cantik sama padan itu telah menegaskan bahawa akad nikah itu sah dan sudah memberi responsnya berhubung perkara itu.
Malangnya, masih ada yang meragui status perkahwinan tersebut kerana mendakwa ijab dan qabul yang tidak menyebut ‘Saya terima nikahnya’ adalah tidak sah.
Alasannya adalah kerana ia tidak memenuhi syarat wajib dalam ijab kabul pernikahan.
Adakah sah perkahwinan jika pengantin lelaki sekadar menyebut ‘Aku terima’ sahaja?
Perbahasan mengenai perkara itu dihuraikan panjang lebar menerusi artikel terbaharu mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi laman web Maktabah Albakri.
Beliau menjelaskan, ucapan balas atau jawapan pengantin lelaki sama ada ‘Aku terima’ atau ‘Aku reda’ sudah memadai dan mencukupi, sekali gus menjadikan perkahwinan itu dikira sah.
Demikianlah pandangan jumhur ulama dan satu pendapat dalam Mazhab Syafie, ungkapnya.
“Hal ini kerana ia dapat difahami atau kembali semula kepada ucapan wali sebelumnya.
“Maka jelas ucapan pengantin lelaki itu kembali atau merujuk kepada pernikahan dan perkahwinan,” katanya sebagaimana dipetik menerusi laman web http://maktabahalbakri.com.
Pun demikian, Zulkifli yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sains Islam Malaysia itu menjelaskan, beliau tidak menafikan bahawa ucapan ‘Aku terima nikahnya’ atau ‘Aku reda nikahnya’ dan seumpamanya adalah lebih baik dan terkeluar daripada khilaf.
“Ini lebih ihtiyat dan sempurna jika pengantin lelaki mengucapkan (lafaz qabul) sedemikian,” katanya.
Dalam pada itu, Zulkifli mengingatkan, dalam perkara melibatkan hal ehwal perkahwinan di negara kita, umat Islam tertakluk di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Majlis Agama Islam negeri masing-masing.
“Oleh itu, ia hendaklah dikembalikan atau merujuk kepada JAIN masing-masing.
“Ia bertepatan dengan kaedah yang menyebut ‘Keputusan hakim mengangkat perselisihan’,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pernikahan sah
#Mohd Asri Zainul Abidin
#perkahwinan Sabri Yunus-Angeline Tan
#Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan