awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
12 Orang Asli ditahan disyaki ceroboh tanah di Rompin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nikmat surah Ar-Rahman menjadi teras World Quran Hour 2020

Fareez Azman
Fareez Azman
12/05/2020
08:28 MYT
Nikmat surah Ar-Rahman menjadi teras World Quran Hour 2020
Husaamuddin Yaacub (kanan) bersama Marhaini Yusoff dan Dr Mohmed Razip Hasan pada sidang media pelancaran World Quran Hour 2020 di Shah Alam, Selangor pada Selasa. - Gambar Astro AWANI
Sejak dianjurkan lebih tujuh tahun lalu, World Quran Hour (WQH) edisi 2020 yang akan berlangsung pada 13 Mei ini dijangka lebih berbeza berbanding sebelum ini terutama ketika pandemik COVID-19 melanda dunia.
Menurut pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Husaamuddin Yaacub, surah Ar-Rahman dipilih bagi tahun ini untuk mengajak umat Islam dan bukan Islam menghargai ekosistem dan nikmat yang dikurniakan Allah SWT selama ini.
"World Quran Hour bukan sebuah majlis semata-mata, tetapi gerakan "mengQurankan bangsa, mengikhlaskan ummah" dimana orang Islam boleh berinteraksi dengan Quran.
"Baca, fahami, hayati dan amalkan dengan caranya kita wujudkan satu suasana membaca Quran sebagai satu aktiviti yang menyeronokkkan. Kita berharap dengan ada kempen ini, akan wujudkan satu keinginan untuk mengikut Quran Hour," katanya dalam sidang media pada Selasa.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff pula berkata, seiring tema WQH, Reboot Global Harmony, terdapat empat nikmat dalam surah Ar-Rahman yang perlu difahami setiap umat Islam dan bukan Islam.
"Allah SWT nyatakan empat nikmat, pertama Quran iaitu nikmat paling dasar, kedua Al-Insaan iaitu nikmat penciptaan, ketiga nikmat Al-Bayan iaitu nikmati komunikasi dan terakhir nikmat matahari dan bulan," kata beliau.
Buat pertama kali juga WQH turut menampilkan kerjasama di antara Pusat Pelancongan Islam (ITC) dalam meningkatkan imej Malaysia serta pelancongan Islam di negara ini.
Menurut Ketua Pengarah ITC, Datuk Dr Mohmed Razip Hasan, kerjasama itu satu langkah terbaik terutama ketika pandemik COVID-19 serta penganjuran WQH secara digital tahun ini.
"Dengan ada progam ini, ITC secara tidak langsung, ada satu program di mana kita akan pertimbangkan tahun-tahun akan datang.
"Kita sedia maklum kita mempunyai saingan (negara bukan Islam), walaupun kita ada potesi berkembangan lebih jauh, tetapi saingan tetap ada tetapi di sekeliling kita sendiri kerana negara bukan Islam mempunyai minat muslim friendly tourism," katanya.
Sehubungan itu, beliau berpendapat, jalinan kerjasama yang dicetuskan terutama ketika pandemik COVID-19 dijangka membuka tingkap yang lebih luas kepada masyarakat di seluruh dunia agar memahami dan menghayati kitab suci umat Islam.
Topic Berkaitan
#20 Ramadan
#bukan Islam
#JAKIM
#koronavirus
#Media
#Pelancongan Islam
#Quran Hour 2020
#Ramadan
#Reboot Global Harmony
#Stesen Televisyen
#Surah Ar-Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan