awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nilai budiman boleh disesuaikan dalam agenda MADANI - Pakar

Bernama
Bernama
05/04/2024
21:34 MYT
Nilai budiman boleh disesuaikan dalam agenda MADANI - Pakar
Muhamad Azwan berkata terdapat 10 teras yang perlu dicapai ke arah acuan bangsa dengan nilai-nilai budiman berprinsipkan MADANI. - Foto IKMAS
KUALA LUMPUR: Nilai budiman boleh disesuaikan dalam agenda MADANI ke arah membina bangsa Malaysia yang harmoni dan berdaya saing, kata Felo Penyelidik IKMAS Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Muhamad Azwan Abd Rahman.
Beliau berkata ia berikutan konsep budiman dan agenda MADANI mempunyai banyak persamaan seperti penekanan terhadap nilai perpaduan, keadilan, kemampanan dan kebijaksanaan dalam pembentukan insaniah.
Nilai budiman menurutnya perlu diterapkan dalam nilai MADANI untuk mencapai pembangunan bangsa yang maju dalam aspek pemikiran, kerohanian dan kebendaan.
"Saya lihat agenda MADANI itu bagus dan boleh disesuaikan dengan konsep budiman kerana kita tahu MADANI itu merangkumi aspek kemampanan, kesejahteraan, dan berdaya cipta.
"Jadi, nilai budiman itu sesuai dengan teras MADANI tetapi apakah titik pertemuannya? Maka, itulah (pentingnya penghayatan) Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara," katanya ketika menjadi tetamu pada program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV semalam.
Muhamad Azwan berkata terdapat 10 teras yang perlu dicapai ke arah acuan bangsa dengan nilai-nilai budiman berprinsipkan MADANI antaranya meliputi nilai kebersamaan, keteraturan, ketertiban, kemajuan, keadilan, kesetiaan dan keluhuran.
Malah beliau berkata kesemua teras itu sudah termaktub di dalam prinsip-prinsip Rukun Negara dan mukadimah (preamble).
"Preamble Rukun Negara ini ada lima prinsip, tetapi selalu orang terlupa. Namun ia cukup penting untuk capai cita-cita negara Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agenda Madani
#Rukun Negara
#perpaduan
#nilai budiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan