ISKANDAR PUTERI: Nilai eksport produk berasaskan nanas negara dijangka boleh mencecah sehingga RM1.3 bilion pada tahun ini selari dengan trend peningkatan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin.
Beliau berkata trend tersebut dapat dilihat menerusi nilai eksport produk berasaskan nanas beberapa tahun kebelakangan ini dengan tahun lepas mencatatkan RM1.2 bilion, RM1.1 bilion pada 2021 dan RM642 juta (2020).
"Sebanyak 80 peratus daripada nilai eksport nanas adalah makanan dalam tin, dalam masa sama kita juga mahu terus menerokai pasaran baharu (terutamanya) bagi buah-buahan segar.
"(Ini) kerana buah-buahan segar pasarannya lumayan dan ia mendapat permintaan tinggi terutama di Timur Tengah dan China, jadi kita mahu terus terokai pasaran baharu," katanya pada sidang media sempena lawatan rasminya ke Tuzra Marketing, di sini pada Khamis.
Turut hadir Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sheikh Umar Bagharib Ali.
Chan berkata eksport produk berasaskan nanas paling tinggi negara adalah ke Singapura dan Timur Tengah, China, Jepun dan Korea Selatan.
Ketika ditanya sekiranya keadaan cuaca panas akan menjejaskan pertumbuhan nanas, beliau berkata nanas merupakan tanaman yang lasak dan mampu bertahan pada cuaca seumpama itu.
"Cuaca panas sebenarnya ada kelebihan kepada nanas. Keadaan panas pada sekarang ini saya rasa ia tidak akan menjejaskan daripada segi pengeluarannya, kecuali pada awal penanaman baharu pada musim panas, kita kena siram nanas dalam satu atau dua minggu, selepas itu nanas boleh hidup dengan bantuan air embun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2023
Chan berkata eksport produk berasaskan nanas paling tinggi negara adalah ke Singapura dan Timur Tengah, China, Jepun dan Korea Selatan. - Gambar hiasan
AS bantah penggunaan senjata jarak jauh oleh Ukraine terhadap Rusia - Pentagon
Amerika Syarikat tidak menyokong penggunaan senjata jarak jauh oleh Ukraine ke atas Rusia.
PM dijangka umum insentif, pengecualian cukai JS-SEZ dalam Belanjawan 2025 - Ahmad Zahid
Insentif berhubung pelaksanaan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2025.
Fokus agenda besar berbanding cetus perpecahan politik- Sim
Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) khuatir ada pihak yang “lempar batu sembunyi tangan” untuk memecahkan perpaduan dalam parti dalam gabungan terbesar di negeri itu.
Tingkat hasil, imbangi kenaikan harga barangan
Kerajaan negeri Sabah digesa supaya meningkatkan hail pertanian untuk mengimbangi harga barang yang semakin menghimpit rakyat.
Penerbangan langsung ke Sarawak jamin kemasukan pelancong
Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak menyambut baik mana-mana penerbangan langsung dari mana-mana negara ke Sarawak.
Akta berkaitan Lemon Law dibentangkan Mac tahun depan
Akta baharu atau pindaan akta berkaitan Lemon Law dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac tahun depan.
Kadet Malaysia terpilih ke Akademi Tentera Udara AS
Menghadapi persaingan sengit dari seluruh dunia, Akmal Musyrif Mohd Shariff berjaya mendapat tempat yang diidamkan di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (USAFA).
Ops Samba 2.0: Dua pegawai kastam didakwa 14 pertuduhan rasuah
Dua pembantu penguasa Jabatan Kastam dihadapkan berhadapan 14 pertuduhan menerima rasuah RM12,500 antara tahun 2017 dan 2023.
Kastam rampas tiga kontena bernilai lebih RM1.5 juta
Tiga kontena minuman keras bernilai lebih RM1.5 juta yang cuba diseludup masuk ke negara ini dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam satu operasi Mei lalu.
Pemandu maut kenderaan dihempap lori simen
Seorang lelaki maut maut selepas kenderaan yang dinaikinya dihempap sebuah lori simen di Jalan Kampung Melayu, Roban di Kuching.
Perubahan iklim punca tragedi banjir terburuk landa Brazil
Lebih 170 orang terbunuh dan hampir 580,000 kehilangan tempat tinggal selepas ribut dan banjir melanda Rio Grande do Sul bulan lalu.
Pelatih KAPGA meninggal dunia dipercayai akibat strok haba
Seorang peserta Kursus Asas Pasukan Gerakan Am (KAPGA) di Ulu Kinta meninggal dunia semalam dipercayai akibat strok haba.
Kisah doktor TH: Wukuf 'Safari' di Arafah, ala medan tempur pula di Muzdalifah
Di celah-celah kisah haji dan falsafah pengorbanan serta penyucian jiwa, ada jasa yang cukup besar dilakukan manusia kepada manusia lain tetapi jarang diangkat setinggi darjatnya.
Empat kes kematian akibat denggi di Ipoh, peningkatan kes 285.1 peratus
Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, sehingga 25 Mei lalu, sebanyak 2,380 kes denggi dilaporkan.
India rekod suhu 52.3 Celsius, panas melampau
Suhu musim panas yang luar biasa ini berkemungkinan akan reda bermula Khamis selepas angin dari Laut Arab menghampiri wilayah itu.
Suhu tertinggi direkodkan di Mexico City
Awal minggu ini, media melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 138 ekor monyet mati di selatan Mexico akibat cuaca panas.
Shah Rukh Khan dikejarkan ke hospital akibat strok haba
Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan dehidrasi kelmarin.
Gelombang haba: Sekolah di Punjab, Pakistan ditutup selama 7 hari
Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari.
Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April
Sebanyak 10 kes strok haba dan kelesuan haba direkodkan berlaku di Terengganu sepanjang April lalu membabitkan kumpulan berisiko terutama buruh ladang dan pekerja binaan.
Jemaah haji digalakkan kerap minum air, elak terdedah cuaca panas
Syed Saleh meminta jemaah dan petugas Tabung Haji supaya tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.