KUALA LUMPUR: Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) menyasarkan untuk membentuk sektor pembuatan yang kukuh dan berdaya tahan, menawarkan manfaat menyeluruh kepada pelbagai pihak berkepentingan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata, tidak seperti sebelumnya, NIMP 2030 telah melaksanakan pendekatan yang berbeza untuk pembangunan perindustrian.
"Keadaan ini disumbangkan oleh beberapa faktor iaitu pertama, kita mesti mengakui pelbagai cabaran global dan domestik yang terus menghalang pertumbuhan, termasuk pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)," katanya ketika berucap pada pelancaran NIMP 2030 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.
Beliau berkata, faktor kedua adalah pelbagai trend dunia yang berlaku dan ketegangan geopolitik yang telah mempengaruhi rantaian bekalan global dan persekitaran perdagangan.
"Tonggak usaha kami adalah PKS. Matlamat kami adalah meningkatkan daya saing mereka, membolehkan mereka bersepadu dengan lancar kepada rantaian bekalan global. Apa yang sama penting adalah rakyat, dengan kita menyasarkan penyediaan pekerjaan dengan gaji lebih tinggi dan berkualiti.
"Menerusi tranformasi industri, kami komited untuk membangunkan semula kumpulan pertengahan, memastikan pihak berkepentingan utama juga boleh berkembang maju demi masa depan yang makmur," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023

Pelancaran NIMP 2030 disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 September 2023.

MARDI jalankan penyelidikan tanaman bawang, kurang kebergantungan bawang import
Tiga varieti bawang merah iaitu BAW-1, BAW-2, dan BAW-3 telah dilancarkan baru-baru ini
Tumpuan Khamis - 28 September 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Parlimen bukan 'Brahmin', Parlimen milik rakyat
Sebagai sebuah badan legislatif, Parlimen tidak boleh bersifat seperti 'Brahmin' dan menganggap rakyat sebagai golongan bawahan.

Ops Khas Motosikal: 14,780 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal - JPJ
Sebanyak 14,780 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas, sepanjang Ops Khas Motosikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur yang dilaksanakan sejak 1 Sept hingga hari ini.

Banjir pulih sepenuhnya di Perlis, jumlah mangsa meningkat di Kedah
Banjir di Perlis telah pulih sepenuhnya, namun jumlah mangsa banjir di Kedah mencatatkan peningkatan setakat 8 malam ini.

Keindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaik - PM
Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan.
10 Berita Pilihan - (27 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kuasa legislatif berperanan bantu kukuhkan hubungan diplomasi Malaysia
Parlimen Malaysia sebagai bidang kuasa legislatif turut mempunyai peranan besar dalam memperkukuh dan menyuburkan hubungan diplomasi Malaysia dengan negara luar.

JPJ Perak keluarkan 10,568 saman dalam operasi khas motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengeluarkan 10,568 notis saman dalam Operasi Khas Motosikal 2023 bermula awal bulan ini.

Malaysia miliki segala yang perlu untuk bangkit kembali sebagai ekonomi dinamik - PM Anwar
Malaysia mempunyai potensi amat besar untuk bangkit kembali sebagai sebuah ekonomi dinamik kerana negara mempunyai sumber yang diperlukan, tenaga kerja berkelayakan selain asas ekonominya yang kukuh,

Kerajaan akan beri fokus bangunkan sektor EV - MITI
Liew Chin Tong berkata dasar-dasar berkaitan EV akan disemak setiap beberapa bulan untuk menyokong pertumbuhan subsektor ini.

Laksana NIMP 2030 dengan lancar dan berkesan - Agong
Yang di-Pertuan Agong menitahkan agar misi-misi yang dirancang dan ditetapkan dalam NIMP 2030 dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kesejahteraan dan kemakmuran ekonomi rakyat dan negara.

China akan sokong kerajaan Malaysia jayakan NIMP 2030, kata PM Anwar
China akan memberi sokongan kepada kerajaan Malaysia dalam menjayakan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MITI pastikan kepentingan DDI sentiasa dilindungi - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, walaupun dasar liberalisasi dilaksanakan, DDI sentiasa mendominasi pelaburan yang diluluskan.

NIMP 2030: Wadah perkasa industri, pelengkap Ekonomi MADANI - Pakar
NIMP 2030 memerlukan tenaga kerja mahir berasaskan teknologi bagi memenuhi permintaan sektor pekerjaan baharu yang bakal wujud menerusi pelan itu kelak.

Kerajaan akan umum butiran terperinci pelaburan bagi NIMP 2030 dalam Belanjawan 2024 - Tengku Zafrul
Kerajaan akan mengumumkan sebahagian daripada butiran terperinci mengenai peruntukan pelaburan bagi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dalam pengumuman Bajet 2024.

NIMP 2030 tingkatkan nilai sektor pembuatan kepada RM587.5 bilion - PM Anwar
Pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2023 (NIMP 2030) akan memerlukan kos sekitar RM95 bilion bagi tempoh masa tujuh tahun.

NIMP 2030 laluan kepada peningkatan selanjutnya perindustrian Malaysia - Tengku Zafrul
Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) menyasarkan untuk membentuk sektor pembuatan yang kukuh dan berdaya tahan, menawarkan manfaat menyeluruh kepada pelbagai pihak berkepentingan.

NIMP 2030 akan letakkan semula Malaysia sebagai kuasa ekonomi serantau - PM Anwar
Pelan itu merupakan sebahagian komponen Ekonomi MADANI, yang akan menghidupkan semula sektor pembuatan.