NIO, salah satu syarikat pengeluar kenderaan elektrik yang berpusat di China, memaklumkan mereka akan mula menggunakan robot dan juga kecerdasan buatan (AI) dalam mengurangkan tenaga kerja menjelang 2027.

Nio menyasarkan akan mengurangkan satu pertiga tenaga kerja melalui penggunaan robot dan kecerdasan buatan ini.

Langkah ini juga adalah dalam usaha mengurangkan kos operasi, serta meningkatkan kadar efisien syarikat berkenaan.

Pada masa yang sama, Nio turut menyasarkan untuk membuang 50 peratus jawatan pengurusan dan menggunakan teknologi kecerdasan buatan menjelang 2025.

Ini akan turut memperlihatkan ekitar 80 peratus keputusan dalam pengeluaran dilakukan oleh kecerdasan buatan.

Selain Nio, pelbagai syarikat lain turut melihat kepada beberapa kaedah dalam mengurangkan kos operasi – dan ingin menggunakan kecerdasan buatan dan robot dalam menggantikan tenaga kerja manusia. -Amanz