awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Niosh saran latihan tangani kemalangan

Bernama
Bernama
15/11/2012
04:24 MYT
Niosh saran latihan tangani kemalangan
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (Niosh) menyaran agar majikan memperkenal dan melaksana program latihan yang komprehensif dan mampan bagi menangani masalah kemalangan melibatkan pekerja mereka.
Pengerusinya Tan Sri Lee Lam Thye berkata dengan berbuat demikian, syarikat awam dan swasta boleh memperoleh penjimatan kos yang besar, menambah baik imej dan membuat sumbangan bermakna bagi mencapai sasaran keselamatan jalan raya.
"Menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), terdapat tiga kematian berkaitan kerja setiap hari pada 2011 dan dua antaranya disebabkan penyakit kemalangan yang membuktikan keadaan yang serius di negara ini.
"Jumlah penyakit kemalangan meningkat hampir 40 peratus dalam tempoh enam tahun lepas dari 17,704 pada 2006 ke 24,809 pada 2011," katanya dalam satu kenyataan.
Lee juga menyenarai faktor peningkatan kes termasuk kekurangan kesedaran di kalangan pekerja mengenai menunggang dan memandu secara selamat ke tampat kerja, kekurangan program latihan komprehensif dan kekurangan pengurusan keselamatan kemalangan di bawah sistem pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja.
Beliau berkata majikan bertanggungjawab melindungi pekerja mereka dengan mangamalkan pendekatan mengurus bahaya jalan raya bagi mengawal kerugian yang berpunca dari kemalangan jalan raya ke tampat kerja termasuk kos kemalangan, kehilangan masa pekerja, premium insurans yang tinggi dan imej awam yang lemah.
"Banyak yang mereka boleh lakukan untuk mengubah sikap memandu di kalangan pekerja mereka dengan membantu mengikhtiarkan perjalanan selamat, mengguna kenderaan yang selamat dan menyediakan latihan kepada pemandu bagi mengelak kemalangan jalan raya," katanya.
Topic Berkaitan
#Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan
#Pertubuhan Keselamatan Sosial
#Tan Sri Lee Lam Thye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan