awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NKRA rasuah capai sasaran, diiktiraf dunia

Bernama
Bernama
10/04/2013
06:25 MYT
NKRA rasuah capai sasaran, diiktiraf dunia
Bidang Keberhasilan Utama Negara(NKRA) rasuah mencapai sasaran melebihi Penunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan dalam usaha menangani jenayah rasuah di negara ini.
Pengarah NKRA Rasuah Datuk Hisham Nordin berkata sasaran itu dinilai panel antarabangsa sekaligus mengiktiraf kesungguhan kerajaan dalam usaha memerangi gejala rasuah.
"Panel antarabangsa memuji negara kita sebagai negara yang serius memerangi rasuah...dan ini bukan kosmetik atau retorik tetapi perkara yang jelas diterjemahkan dalam gerak kerja GTP (Program Transformasi Kerajaan)," katanya kepada Bernama selepas program 'Helo Malaysia' terbitan BernamaTV, malam tadi.
Beliau berkata satu daripada bukti kerajaan serius menangani rasuah ialah menetapkan rasuah sebagai tanda aras KPI negara menerusi NKRA dan Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
Bagaimanapun, Hisham berkata usaha memerangi rasuah merupakan satu gerak kerja berterusan yang tiada batasan dan penghujung kerana pelbagai aspek perlu dinilai memandangkan rasuah berada di mana-mana.
"Satu usaha berterusan, tidak boleh berakhir...kita tidak boleh katakan hari ini kita boleh berhenti memerangi rasuah, tidak ada hadnya," katanya.
Di samping itu, beliau berkata persepsi rakyat terhadap usaha kerajaan membanteras rasuah masih menjadi cabaran utama dan memerlukan tempoh masa yang lama untuk mengubah serta mendidik rakyat supaya menerima segala bentuk perancangan kerajaan.
Sementara itu, Hisham berkata pihaknya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam proses membuat modul untuk latihan integriti kepada anggota parlimen dan anggota dewan undangan negeri (Adun) bagi memberi pendedahan berkaitan rasuah serta penerapan nilai murni supaya golongan itu lebih berintegriti tinggi dan beretika.
"Latihan mungkin akan dilaksanakan kepada ahli parlimen dan Adun baharu selepas PRU13 (pilihan raya umum ke-13) ini nanti," katanya.
Dalam pada itu, Hisham berkata manifesto dan aku janji Barisan Nasional tidak dianggap sebagai memberi rasuah untuk menarik pengundi kerana manifesto itu mengisi harapan rakyat, memberi faedah kepada semua orang dan tidak terhad kepada inidividu tertentu.
Topic Berkaitan
#NKRA
#PRU-13
#PRU13
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan