awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

‘No pork, no alcohol’ tidak semestinya halal, kerajaan galak premis mohon SPHM

Firdaus Azil
Firdaus Azil
13/11/2024
01:55 MYT
‘No pork, no alcohol’ tidak semestinya halal, kerajaan galak premis mohon SPHM
Mohd Na’im berkata, istilah halal adalah merujuk kepada setiap produk atau premis makanan atau barang gunaan menepati aspek Syariah, kesihatan, kebersihan, keselamatan dan kualiti. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mana-mana premis yang menggunakan istilah ‘tiada babi, tiada alkohol’ atau ‘no pork, no alcohol’, tidak semestinya mencerminkan bahawa makanan yang dijual tersebut adalah halal.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, istilah halal adalah merujuk kepada setiap produk atau premis makanan atau barang gunaan menepati aspek Syariah, kesihatan, kebersihan, keselamatan dan kualiti.
Katanya lagi, pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) sentiasa mempertingkatkan kesedaran semua pihak mengenai kepentingan serta kebaikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dalam industri makanan dan perniagaan.
Tambah beliau lagi, buat masa ini kerajaan masih mengekalkan dasar sedia ada iaitu permohonan SPHM bersifat sukarela sejak mula dilaksanakan pada tahun 1974, dan perkara ini telah diperkukuhkan melalui Akta Perihal Perdagangan 2011.
“Dasar sedia ada ini bermaksud bahawa dasar ini adalah terbuka kepada mana-mana industri yang bersedia mematuhi semua keperluan, piawaian dan standard pensijilan halal Malaysia.
“Sesungguhnya pemilikan SPHM memberikan nilai tambah kepada bukan sahaja kepada industri tetapi juga kepada pengguna kerana sijil halal itu sendiri merupakan satu jaminan bahawa produk atau premis makanan tersebut adalah halal dan toyyiban,” katanya lagi.
Mohd Na’im berkata demikian melalui jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh yang mahu mengetahui status cadangan supaya JAKIM mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan babi dan alkohol.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Halal
#Mohd Na im Mokhtar
#premis makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan