KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar; bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin serta bekas Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dipilih sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN).
Tidak ketinggalan artis tersohor tanah air, Datuk Jamal Abdillah dan dua pelakon terkenal, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Ummi Nazeera turut disenaraikan menganggotai Dewan Tertinggi MN.
Mengumumkan perkara itu, Presiden NGO MN, Tan Sri Annuar Musa berkata, pertubuhan itu juga menyenaraikan dua ahli akademik iaitu pakar Perlembagaan, Prof Madya Shamrahayu A Aziz dan pendakwah terkenal, Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
Menurut beliau, kesemua mereka merupakan antara 30 personaliti Dewan Tertinggi MN.
Selain itu, kata Annuar, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan aktivis, Cikgu Izzat Johari turut disenaraikan.
Antara nama lain, ialah, Edmund Santhara, Yahya Ibrahim, Wan Azman Wan Sulaiman, Khairuddin Abdu Hassan, Sofian Ibrahim, Aziz Ibrahim, Zaini Mohamad, Farah Umaira Paruwis, lila Ruzaini Hussain, Faezah Abd Rahman Ali Nor Ahlam, Jasper Supah, Dr Junaidy, Budiman Zohdi, Zurihan Yusof, Tun Faisal Ismail Aziz, Azam Ismail, Chua Hock Kuan dan Subash Chandrabose.
Menurut Annuar, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali turut berdaftar sebagi ahli.
Dalam sidang media sulung MN di Kuala Lumpur pada Khamis, Annuar memaklumkan sejak pendaftaran mula dibuka pada minggu lepas, MN sudah menerima hampir 20,000 permohonan setakat semalam.
Meskipun sambutan dilihat menggalakkan namun Annuar menegaskan MN tidak akan masuk ke dalam kancah politik dan akan kekal sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Sementara itu, Annuar berkata, gerakan itu turut mendapat sokongan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
"Saya bertemu beliau semalam. Saya dapat mengatakan Tun Dr Mahathir memberikan sokongan yang kuat kepada MN.
"Tun Dr Mahathir turut lahirkan kebimbangan beliau tentang kedudukan orang Melayu dan berkata, usaha untuk kebaikan negara dan orang Melayu, beliau akan sokong," katanya.
Ridauddin Daud
Thu Dec 15 2022

Dari kiri Tan Sri Noh Omar, Datuk Zuraida Kamaruddin, Datuk Jamal Abdillah dan Mohd Ridhuan Tee Abdullah antara yang menganggotai Dewan Tertinggi Muafakat Nasional.

EPL: Saka menang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan buat kali pertama bersama Arsenal
Saka menghasilkan tiga gol dan dua bantuan jaringan dalam empat penampilan sepanjang bulan Mac lalu.

AWANI Ringkas: Ahli perniagaan Malaysia di luar negara perlu bantu bina semula negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Cadangan bubar Pejuang tak berasas'
Parti itu mempunyai peranan besar kerana berusaha menyatukan pergerakan konservatif yang lain semenjak sebelum PRU15.

187 orang dipindahkan akibat banjir di Nabawan
Semua mangsa dipindahkan ke PPS Gereja SIB Salarom Baru yang dibuka pukul 12.30 tengah malam tadi.

Coca-Cola, GSC meterai perjanjian konsesi baharu, lanjutkan perkongsian lebih tiga dekad
Kerjasama itu menandakan satu pencapaian kolektif yang penting serta melambangkan kepercayaan dan komitmen kukuh antara satu sama lain.

Pantau Kos Sara Hidup: Keperluan individu austistik ketika kos meningkat
Perbincangan mengenai usaha untuk menyokong keperluan individu autistik ketika kos semakin meningkat bersama Pakar Pediatrik dan Pengasas Bersama doktorbudak.com. Dr. Zahilah Filzah Zilkifli dan Pengasas Autism Inclusiveness Direct Action (AIDA) Group dan Project Lily, Beatrice Leong.

138 motosikal, 20 kereta 'singgah sahur' di Balai Polis Kota Setar
Intipan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Setar telah mengesan sekumpulan remaja bermotosikal sedang asyik berlumba.

Konvensyen Kerajaan Perpaduan: Medan mencari formula seragamkan hala tuju negara antara parti
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan penting untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan kukuh dan utuh.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Jenazah akan dibawa pulang ke kediaman ibu Allahyarham di Pekan Changloon untuk dikebumikan.

Persatuan perubatan sambut baik komitmen PM
Mereka faham mendapatkan jawatan tetap memerlukan komitmen kewangan jangka panjang yang signifikan daripada kerajaan,

UMNO 'husnuzon' terhadap Muafakat Nasional - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu akan terus mengambil sikap 'husnuzon' (bersangka baik) terhadap Muafakat Nasional (MN).

Bekas menteri, Zuraida dan Mohd Redzuan dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional
Dua bekas menteri, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dilantik sebagai Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN).

MN tidak akan didaftarkan sebagai parti politik - Annuar
Perkara tersebut tidak akan berlaku ekoran enggan melihat lebih banyak parti yang memecahbelahkan orang Melayu.

Annuar hormati keputusan personaliti tarik diri sertai MN
Kata Annuar, pendukungnya perlu komited, istiqamah dan reda serta ikhlas dalam berkhidmat.

Ummi Nazeera pula tarik diri daripada MN
Keputusan itu diambil selepas mengambil kira kegusaran ramai mengenai penglibatannya dalam dunia politik.

'Lebih baik saya neutral'- Jamal Abdillah tarik diri dari Muafakat Nasional
Penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah memaklumkan menarik diri dari menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muafakat Nasional (MN) atas faktor prinsip yang disifatkan tidak sesuai dengan dirinya.

Noh Omar, Zuraida, Jamal Abdillah, Ridhuan Tee antara 30 Ahli Dewan Tertinggi MN
Pakar Perlembagaan, Prof Madya Shamrahayu A Aziz turut disenaraikan, umum Tan Sri Annuar Musa.

Annuar dedah Zuraida sertai Muafakat Nasional
Pemimpin Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin dilaporkan telah menyertai Muafakat Nasional (MN).

'Muafakat Nasional terima lebih 10,000 ahli selepas beberapa jam dibuka' - Annuar
Muafakat Nasional (MN) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Annuar Musa didakwa menerima lebih 10,000 permohonan keahlian selepas dibuka sejak beberapa jam lalu.

Muafakat Nasional buka permohonan ahli baharu - Annuar
Annuar menjelaskan permohonan itu sepatutnya dibuka minggu hadapan, namun atas permintaan ramai ia dibuat lebih awal.