awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Nok blajar lagu mano lah kalu gini keadaan sekoloh?"

Astro Awani
Astro Awani
10/01/2015
13:58 MYT
"Nok blajar lagu mano lah kalu gini keadaan sekoloh?"
Keadaan sekolah di SK Pasir Tumboh yang masih diselaputi lumpur - Foto Facebook Raja Shamri
Esok merupakan hari pertama persekolahan di negeri Kelantan bagi sekolah-sekolah yang tidak termasuk dalam senarai penangguhan seperti yang diumumkan pihak kementerian.
Walaupun tidak lagi dilanda banjir, namun begitu tidak semua sekolah di Kelantan yang tidak tersenarai telah bersedia untuk memulakan sesi pengajian.
Beberapa foto mulai berlegar di media sosial memaparkan keadaan sekolah yang didapati masih lagi dalam keadaan berlumpur dan tiada bekalan elektrik untuk mula beroperasi pada hari pertama sesi persekolahan 2015 esok.
Antara sekolah yang disebut-sebut ialah Sekolah Kebangsaan Pasir Tumboh (Gua Musang), Sekolah Kebangsaan Sokor (Tanah Merah), Sekolah Menengah Tanah Merah 1, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh (Kuala Krai).
Seorang guru dan juga sukarelawan banjir, Raja Shamri menerusi akaun Facebook-nya telah berkongsi foto keadaan sekolah-sekolah tersebut pasca banjir.
Keadaan di sekolah-sekolah tersebut kelihatan tidak terurus ekoran tidak dapat dibersihkan secara sempurna oleh para sukarelawan kerana ketiadaan bekalan air dan elektrik.
Sekolah banjir
Sekolah banjir
SK Pasir Tumboh - Foto Facebook Raja Shamri
Sekolah banjir
Sekolah banjir
Sekolah Menengah Tanah Merah 1 - Foto Facebook Raja Shamri
Sekolah banjir
Sekolah banjir
Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh (Kuala Krai) - Foto Facebook Raja Shamri
Foto-foto berkenaan dimuat naik orang ramai di laman sosial yang turut menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar menyemak semula senarai penangguhan sesi persekolahan 2015.
Berikut antara komen yang dipaparkan:
Az Meer: Pihak sekolah kena maklumkan yang sekolah mereka masih belum boleh beroperasi. Kalau kementerian buat tak endah jugak suruh orang dari Kementrian itu sendri turun padang.
Nor Azman Mat Nasid: Saya pernah terbaca JPN Kelantan meminta tangguh senarai dia sehingga 16 Jan. Sebab itu senarai di Kelantan tak lengkap. Tapi patut dia beritahu dalam senarai itu untuk elakkan prasangka. Management kena improve.
Luna Ratna: Memang tidak sesuai untuk mulakan persekolahan dalam keadaan begini, tetapi boleh dibuat di dewan yang lebih selesa dan bas disediakan untuk pengangkutan.
Irda Laziaf : Nok blajar lagu mano lah ..kalu gini keadaan sekoloh..sedih tgk...
Dean Kho: Pastikan dulu kawasan sekolah selamat baru mula belajar, sebab kalau dah sekolah macam ni palajar pun takut.
Laili Mamat: Macam mana nak bersekolah esok ni. Nauzubillah
Raduan Ibrahim: Sebulan pon belum tentu dapat guna lagi ni
Ahmad Zamani Ramli: Kena penyakit anak-anak kita kalu lagu nih
Kementerian Pendidikan Malaysia, pada Jumaat, memaklumkan sebanyak 41 sekolah di Kelantan, Perak dan Pahang akan ditangguhkan permulaan sesi persekolahan tahun ini untuk tempoh lima hari lagi dan perlu diganti.
Bagi negeri Kelantan, hanya empat sekolah tersenarai iaitu SMK Dabong, SK Dabong, SK Kemubu dan SK Lela Jasa. Kesemua sekolah ini terletak di Kuala Krai.
Topic Berkaitan
#banjir
#pasca banjir
#sekolah
#sesi persekolahan 2015
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan