awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nombor telefon dalam iklan ah long tidak didaftar ikut prosedur

Bernama
Bernama
09/03/2017
03:11 MYT
Nombor telefon dalam iklan ah long tidak didaftar ikut prosedur
Kebanyakan pendaftaran pemilik nombor telefon langsung tiada kaitan dengan ah long, malah terdapat antaranya terdiri daripada penagih, pendatang asing serta identiti yang tidak dikenal pasti. - Gambar hiasan
Kebanyakan pemilik nombor telefon yang tertera pada iklan pinjaman wang tanpa lesen atau ah long di Perak tidak didaftarkan mengikut prosedur pendaftaran yang betul, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak Supt Lee Ewe Kiang.
Beliau berkata kebanyakan pendaftaran pemilik nombor telefon langsung tiada kaitan dengan ah long, malah terdapat antaranya terdiri daripada penagih, pendatang asing serta identiti yang tidak dikenal pasti.
"Ada pihak yang mempersoalkan kenapa kami (polis) tidak mengambil tindakan terhadap pemilik nombor telefon yang tertera pada banner.
"Saya menegaskan pihak kami telah membuat semakan serta risikan dan mendapati nombor-nombor itu tidak didaftarkan mengikut prosedur pendaftaran yang betul," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Lee berkata polis Perak memandang serius isu ah long terutama yang menggantung iklan di kawasan perumahan dengan membuat pemantauan berterusan selain tangkapan.
Katanya sepanjang tahun lalu, polis Perak menerima sebanyak 194 aduan berkaitan ah long dan daripada jumlah itu, 117 tangkapan dibuat dengan empat daripadanya ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).
"Sepanjang tahun ini pula sebanyak 30 aduan diterima dengan 10 tangkapan telah dibuat dan kami mempunyai empat lagi sasaran untuk diambil tindakan di bawah POCA," katanya.
Beliau berkata polis turut menjalankan operasi bersepadu menurunkan banner dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh dan sepanjang tahun ini sebanyak tiga operasi telah dijalankan.
Lee dalam pada itu menasihati masyarakat supaya tidak mudah tertarik dan terpedaya dengan cara mudah mendapatkan pinjaman yang ditawarkan oleh ah long kerana mereka mengenakan kadar faedah yang terlalu tinggi.
"Jika bayaran tidak dilunaskan seperti yang dikehendaki, peminjam dan ahli keluarga akan berdepan ugutan dan dicederakan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ah Long
#iklan
#nombor telefon
#peminjam wang haram
#pinjaman wang
#polis pdrm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan