GEORGE TOWN: Sumbangan besar kaum ‘Jawi Peranakan’ di Pulau Pinang dalam sejarah pemodenan negeri itu, sesuatu yang tidak dapat dinafikan.
Peranan masyarakat Jawi Peranakan atau lebih dikenali sebagai ‘Mamak’ atau India Muslim terhadap landskap sosio-ekonomi negeri itu juga sangat signifikan.
Berikutan penghijrahan masyarakat itu dari India membawa bersama tradisi dan budaya yang sehingga kini diwarisi generasi demi generasi.
Antara warisan yang terus dipulihara dengan tertib oleh masyarakat India Muslim di Pulau Pinang ialah resepi tradisional termasuk nasi kandar yang turut menyumbang pada populariti negeri itu sebagai syurga makanan.
Selain nasi kandar, setiap kali tibanya Ramadan, juadah istimewa yang ditunggu-tunggu masyarakat negeri itu khususnya di sebelah Tanjung (bahagian pulau) ialah bubur lambuk istimewa Jawi Peranakan yang dikenali sebagai Nombu Kanji.
Lebih tepat lagi, Nombu Kanji di Masjid Kapitan Keling yang terletak di pusat bandar George Town sentiasa menggamit perhatian ramai penggemar bubur lambuk itu.
Nombu Kanji yang berwarna kuning serta dihiasi taburan daun sup dan bawang goreng yang disajikan di masjid berkenaan sepanjang bulan Ramadan sering ditunggu semua kaum di negeri itu.
Menurut tukang masak Nombu Kanji , Sakinah Bee Mohd Ali, 63, bubur istimewa yang disediakannya itu merupakan resepi turun temurun keluarganya dari India.
Kata Sakinah Bee, keenakan dan kelazatan Nombu Kanji kekal sama sejak awal tahun 1800 sehingga ke hari ini tanpa sebarang penambahan atau pengurangan.
Nombu Kanji yang dimasak oleh Sakinah Bee berbeza dengan bubur lambuk yang lain kerana menggunakan campuran 26 jenis rempah ratus , bijirin dan sayur-sayuran sahaja.
"Kita tidak menggunakan ayam, daging dan makanan laut sebaliknya, hanya menggunakan 26 jenis rempah ratus, hanya sayur-sayuran antaranya daun pudina, daun pandan, karot, kacang dal, kacang buncis, santan dan juga 'tumisan rahsia’ penyedap kanji,” kata Sakinah Bee memulakan perbualan mengenai Nombu Kanji bersama Astro AWANI.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Dalam pertemuan dengannya di Masjid Kapitan Keling, Sakinah Bee mendedahkan resepi itu diwarisi daripada datuknya, Allahyarham Mohamad Rasul yang membawanya dari negara kelahirannya, India.
Katanya, Allahyarham Mohamad Rasul merupakan antara tukang masak yang masyhur di masjid berkenaan berdekad-dekad lalu.
Resepi Nombu Kanji diwariskan Allahyarham kepada generasi seterusnya termasuk bapa Sakinah Bee.
“Sampailah bapa saya pula meneruskan tradisi memasak bubur kanji ini dan sekarang saya pula meneruskan tradisi keluarga memasak Nombu Kanji ini.
"Saya amat berbangga kerana dapat mewarisi resepi turun temurun keluarga dari India dan sangat gembira kerana dapat berkongsi keenakan sajian ini dengan orang ramai di Masjid Kapitan Keling,” kata Sakinah Bee yang sudah 40 tahun memasak juadah tradisi di masjid tersebut selain sering menjadi pilihan ramai bagi menyediakan juadah untuk majlis-majlis perkahwinan di sekitar negeri itu.
Menurut Sakinah Bee juga, pada setiap hari sepanjang bulan Ramadan, dia akan memasak 30 kilogram
beras (bersamaan tiga periuk besar) dan mengambil masa kira-kira tiga jam untuk menyiapkan Nombu Kanji.
"Selain memasak Nombu Kanji, kita juga ada menyediakan air teh halia yang juga mendapat permintaan tinggi di kalangan jemaah masjid di sini" kata wanita kecil molek yang ramah disapa Mami Sakinah itu.
Berasal dari keluarga tukang masak, kecekapan dan kelincahan Sakinah Bee di dapur tidak perlu dipertikai kerana dia turut menjadi tukang masak jemputan di beberapa masjid lain di sekitar bandaraya ini setiap kali tiba bulan Ramadan.
Sakinah Bee juga tidak lokek berkongsi resepi kanji turun temurun keluarganya dan berharap air tangan keluarganya akan sentiasa menjadi makanan tradisi yang akan menyatu padukan semua masyarakat.
"Juadah ini memang makanan orang India Muslim tetapi sekarang semua orang makan, kalau mahu cuba memasak sendiri, resepi ini senang sangat, bahan-bahannya mudah didapati, rempah ratusnya juga mudah diperolehi," katanya lagi.
Seperti masjid-masjid lain, Masjid Kapitan Keling yang sudah berusia 221 tahun meraikan kedatangan Ramadan dengan pelbagai program yang diatur sepanjang sebulan.
Sementara itu, menurut Setiausaha Jawatankuasa Masjid Kapitan Keling, Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor, Nombu Kanji ini lazimnya dinikmati sewaktu berbuka puasa.
Nombu Kanji juga, jelasnya, sangat sinonim dengan Masjid Kapitan Keling.
Pada setiap hari, kata beliau, sebanyak 30 kilogram beras digunakan untuk menghasilkan 600 bungkus bubuk lambuk yang diagihkan kepada semua lapisan masyarakat di pekarangan masjid sepanjang Ramadan.
“Tradisi Nombu Kanji ini atau kita sebut sebagai bubur berbuka puasa ini adalah tradisi di masjid Kapitan Keling ini sejak penubuhannya pada 1801 dan ia menjadi kegemaran masyarakat tempatan Islam dan bukan Islam.
“Dari dulu sampai hari ini kita masak kanji ini dan kita beri kepada 500 hingga 600 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat,” kata Mohamed Rizwan lagi.
Mohamed Rizwan berkata, bubur yang siap dibungkus itu kemudian akan diagihkan secara percuma kepada orang awam selepas solat Asar setiap hari sepanjang Ramadan.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Apr 08 2022
Berbeza dengan bubur lambuk yang biasa dijamah, Nombu Kanji menggunakan campuran 26 jenis rempah ratus, bijirin dan sayur-sayuran sahaja. - Gambar Astro AWANI
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Nombu Kanji, resepi warisan India Muslim sempena Ramadan di Pulau Pinang
Nombu Kanji ialah bubur lambuk masyarakat Jawi Peranakan sangat popular di Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang.