SHAH ALAM: Nor Azizah Ahmad diumum sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang yang baharu setelah memenangi proses pemilihan semula bagi jawatan itu hari ini selepas ia digantung sejak 26 Mei tahun lepas.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata Nor Azizah, yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Tanjong Karang, memperoleh 271 undi bagi menewaskan penyandang Datuk Habibah Mohd Yusof yang hanya meraih 145 undi dalam pertandingan satu lawan satu.
"Alhamdulillah, proses hari ini berjalan dengan baik dan tiada bantahan dikemukakan oleh mana-mana pihak. Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang telah membuat keputusan dan yang penting, Ketua Wanita yang telah diminta supaya tautkan kembali hubungan sesama ahli.
"Tanjong Karang merupakan kubu kuat UMNO, jadi kita satukan kembali (hubungan) supaya jangan ada pihak ketiga yang mengambil kesempatan daripada pemilihan ini. Saya percaya kedua-dua tokoh wanita ini mahu bergerak ke hadapan demi kepentingan UMNO," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata Nor Azizah turut memberikan komitmen untuk menyantuni setiap perwakilan wanita UMNO sekali gus mengukuhkan kekuatan parti di kawasan itu.
Pada sesi pemilihan sebelum ini, Nor Azizah mendapat 285 undi untuk menewaskan Habibah yang mendapat 152 undi.
Bagaimanapun, Jawatankuasa Pemilihan UMNO menerusi sepucuk surat memutuskan bahawa mesyuarat perwakilan sayap itu tidak sah kerana ketidakaturan mesyuarat.
Pada 26 Mei 2023, Majlis Tertinggi memutuskan bahawa Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang digantung dan pemilihan semula ditangguh sebelum menetapkan ia berlangsung hari ini.
Bagi jawatan Naib Ketua Wanita, ia dimenangi Setiausahanya Ruzita Rashid apabila meraih 300 undi untuk menewaskan Ketua Wanita Cawangan Berjuntai Bestari Yusriza Marina Yeop yang hanya memperoleh 115 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 27 2024
Nor Azizah Ahmad diumum sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang yang baharu setelah memenangi proses pemilihan semula bagi jawatan itu hari ini selepas ia digantung sejak 26 Mei tahun lepas. - Foto Facebook Nor Azizah Ahmad
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Nor Azizah diumum Ketua Wanita UMNO Tanjong Karang
Nor Azizah Ahmad diumum sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang yang baharu setelah memenangi proses pemilihan semula bagi jawatan itu hari ini selepas ia digantung sejak 26 Mei tahun lepas.