awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Ejen ICE tembak mati wanita di Minneapolis, cetus kecaman dan protes
Orang ramai penuhi jalan Saint-Tropez untuk pengebumian Brigitte Bardot
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Normal baharu: Pelajar jual juadah berbuka dari rumah ke rumah tambah pendapatan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
30/04/2020
02:00 MYT
Normal baharu: Pelajar jual juadah berbuka dari rumah ke rumah tambah pendapatan
Ramai penduduk menantikan kedatangan kereta Hafiylutfi untuk membeli juadah berbuka puasa. Gambar Astro AWANI
'Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya'.
Berbekalkan peribahasa itu, seorang pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Polimas) Jitra, bertekad menjual makanan dari rumah ke rumah sepanjang Ramadan untuk menambah pendapatan.
Hafiylutfi Mahadzir, 20, menggunakan masa yang ada sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memenuhi permintaan masyarakat terhadap juadah berbuka puasa berikutan ketiadaan bazar Ramadan ketika ini.
Pelajar jurusan Teknologi Maklumat ini membuat kelainan dengan menggunakan kreativiti sendiri memasang pembesar suara di hadapan kereta Produa Myvi digunakannya untuk menarik perhatian pelanggan di sekitar kawasan perumahannya di sini.
Hafiylutfi berkata, sebelum ini dia bersama beberapa rakan lain akan berkerja secara sambilan di restoran namun tidak dapat meneruskannya berikutan PKP.
"Masing-masing duduk rumah saja tak boleh kerja atau buat apa-apa sepanjang PKP, jadi saya berbincang dengan rakan-rakan sebelum dapat idea untuk berniaga seperti ini.
"Saya mengambil mengambil juadah makanan daripada penduduk tempatan dan jual di sekitar kawasan Jitra," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Antara makanan yang dijual adalah mi kari, laksa, bihun sup, roti John dan kuih muih serta minuman seperti laici kang, cendol dan teh bunga.
Katanya, dia mendapat keuntungan antara RM50 hingga RM60 sehari.
Sementara itu, tinjauan mendapati penduduk menantikan kedatangan kereta Hafiylutfi untuk membeli juadah berbuka puasa.
Abd Halim Mahmud, 57, berkata cara ini sedikit sebanyak memudahkan mereka kerana tiada bazar Ramadan pada tahun ini akibat COVID-19.
"Terima kasih kepada peniaga seperti ini kerana memudahkan kami membeli juadah. Bazar Ramadan sudah tiada dalam tempoh PKP ini, jadi kewujudan perkhidmatan seperti ini amat membantu," katanya.
Topic Berkaitan
#berniaga
#duit raya
#juadah berbuka
#pelajar
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan