Setelah hampir empat bulan melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam talian di rumah, akhirnya semua pelajar dan murid akan kembali ke sekolah pada 15 dan 22 Julai ini.
Pastinya bukan sahaja mereka berasa gembira bercampur khuatir, guru dan ibu bapa juga mungkin dibayangi perasaan yang serupa.
Namun dengan keadaan wabak COVID-19 yang semakin terkawal, pembukaan sekolah ini diyakini akan berjalan lancar, berpandukan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Kalangan guru sudah tentunya tidak sabar untuk berjumpa anak didik mereka selepas "bercuti" sekian lama, apabila sekolah diarahkan tutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat pandemik COVID-19.
Usaha guru yang tidak jemu-jemu menyampaikan ilmu ketika berdepan dengan pelbagai kekangan sepanjang tempoh tersebut bagaikan "wira yang tidak didendang". Ada yang sehingga sanggup menghantar sendiri bahan tugasan kepada pelajar yang tidak dapat mengikuti kelas dalam talian sepanjang tempoh PKP.
Bagi golongan pelajar dan murid pula, perasaan keterujaan itu kian terasa apabila mereka dapat bertemu kembali secara bersemuka dengan rakan-rakan sekolah setelah hampir empat bulan "terperuk" di rumah dan menjalani sesi pembelajaran secara dalam talian.
BIMBANG LEPASKAN ANAK KE SEKOLAH
Sekiranya ada ibu bapa yang berasa gelisah penyakit COVID-19 masih belum reda sepenuhnya, kerisauan mereka hanyalah memikirkan kesejahteraan anak-anak mereka terutama anak di sekolah rendah, yang pastinya terdedah dengan ramai orang ketika berada di sekolah nanti.
Apatah tidaknya, selama ini anak-anak mereka diawasi 24 jam sama ada di luar ataupun di dalam rumah, sering diingatkan untuk mengamalkan kebersihan diri seperti memakai pelitup muka sebelum keluar dari rumah, sentiasa basuh tangan serta elakkan kawasan sesak.
Bagi Sazlinda Osman, 45, sepanjang PKP, beliau sudah melatih anak-anaknya yang berusia sembilan dan 10 tahun itu mengamalkan kebersihan diri setiap hari, selain mengawasi mereka dalam sesi pembelajaran dalam talian bersama guru menerusi aplikasi 'Zoom'.
"Apabila kembali ke sekolah, biasalah jumpa kawan-kawan mesti 'excited', jadi sukar mereka nak pastikan penjarakan sosial kerana guru-guru tidak mungkin dapat mengawal begitu ramai anak murid mereka di sekolah.
"Apa yang dibuat oleh anak-anak, ibu bapa tidak tahu. Adakah mereka mengamalkan pembersihan kendiri di sekolah seperti mana yang telah dilatih di rumah? Itu yang kami risaukan," katanya kepada Bernama.
Seorang lagi ibu, Hayley Lee, 40, berkata, pihak sekolah perlu sentiasa memantau supaya semua murid mematuhi SOP ketat yang ditetapkan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
"Jika di rumah, kami tahu setiap gerak-geri anak-anak di rumah ataupun dengan siapa mereka bergaul kerana kami sentiasa bersama dengan mereka.
"Ada pesakit COVID-19 ini tidak bergejala. Malang tidak berbau, lain ibu bapa lain cara mendidik anak-anak mereka. Ada sesetengah murid tidak tahu etika batuk dan bersin. Itu yang kita risau. Bukan sahaja kita risau COVID-19, batuk dan selesema pun mudah berjangkit," katanya.
PERSEDIAAN RAPI
Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Phooi Yoong, Teluk Intan Perak, Leow Wooi Hian memberitahu Bernama, beliau yakin semua sekolah sudah pun membuat persediaan rapi untuk pembukaan sesi persekolahan yang akan bermula pada 15 Julai dan 22 Julai ini.
Beliau berkata, ibu bapa boleh datang ke sekolah dengan anak mereka bagi meninjau bagaimana guru mengendalikan murid mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
“Mereka boleh memainkan peranan sebagai ‘mata dan telinga’ kepada guru-guru jika mereka tidak yakin terhadap SOP di sekolah jadi tanggungjawab guru tidaklah berat selain mengajar murid-murid,” katanya menerusi panggilan video Whatsapp.
Sementara itu, ajknya Tiew Lian Ching berkata setakat ini, murid-murid prasekolah yang sudah kembali ke tadika pada 1 Julai lalu dilihat dapat mengikut SOP yang ditetapkan.
“Jika murid-murid prasekolah yang berusia 6 tahun ke bawah boleh mengikuti arahan guru-guru di tadika, murid-murid sekolah rendah pun boleh ikut arahan kerana guru-guru akan sentiasa mengingatkan mereka untuk menjaga kebersihan diri selain mengamalkan jarak sosial,” katanya.
KERJASAMA IBU BAPA, GURU
Komuniti, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan alumni sekolah boleh memainkan peranan dalam membantu pentadbir sekolah melaksanakan garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah ketika menerima kehadiran murid-murid di sekolah.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Prof Madya Dr Mohd Ali Hassan dalam temu bual dengan sebuah stesen televisyen tempatan menyarankan ibu bapa merekodkan suhu anak-anak mereka sebelum ke sekolah bagi memastikan mereka tidak dihalang jika suhu melebihi 37.5 darjah celsius.
Selain itu, beliau juga mencadangkan kepada ibu bapa dan alumni bagi membantu pihak sekolah dalam membuat tanda penjarakan sosial dan mengawal pergerakan murid semasa datang, rehat dan balik, berdasarkan keperluan sekolah, seperti mana yang dilakukan oleh 'frontliners' seperti polis dan tentera sepanjang PKP.
Oleh itu, sekiranya ibu bapa sendiri masih lagi risau terhadap anak-anaknya yang tidak boleh mengikuti amalan pembersihan dan keselamatan seperti mana dipratikkan di rumah, apa kata mereka tampil sebagai sukarelawan bagi membantu meringankan beban guru di sekolah.
Atas hikmah daripada PKP dan pandemik COVID-19, pengorbanan ibu bapa dilihat sangat besar, apabila mereka menjadi 'guru' kepada anak-anak mereka di rumah sepanjang tempoh PKP sebelum bermulanya sesi persekolahan.
Ibu bapa sudah tentunya mengambil berat saranan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah untuk mendidik anak mengenai amalan normal baharu bermula dari rumah mereka sendiri.
Kini, sudah tiba masanya tanggungjawab itu diserahkan kepada guru di sekolah, dan sudah pasti mereka akan memastikan kebersihan dan keselamatan anak-anak terjamin.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RUANGAN SISI
GARIS PANDUAN KETAT DI SEKOLAH
Setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya. Sudah pastinya, sebelum kerajaan membenarkan sesi persekolahan dibuka semula, prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah dibincang dan dimuktamadkan.
Sesi persekolahan juga dibuka secara berperingkat, dengan keutamaan diberikan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada 24 Jun.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah pada 4 Jun lalu, dengan protokolnya merangkumi jarak sosial, kebersihan tangan, pemeriksaan kesihatan, pembersihan dan sanitasi, hebahan maklumat langkah kesihatan dan keselamatan, susun atur meja dan aplikasi MySejahtera.
Mereka dengan suhu badan yang melebihi 37.5 darjah Celsius atau bergejala, tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah, manakala aktiviti di luar bilik darjah seperti sukan dan kokurikulum secara bersemuka, tidak dilaksanakan sehingga suatu tarikh dimaklumkan nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 14 2020
Ibu bapa hanya risau memikirkan kesejahteraan anak-anak mereka terutama di sekolah rendah, yang pastinya terdedah dengan ramai orang ketika berada di sekolah nanti. - Gambar hiasan
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Gagal capai sasaran, kerajaan tak boleh pandang ringan
Kegagalan Kerajaan untuk mencapai sasaran 30 juta pendaftar menjelang hujung bulan 3 ini harus dijadikan sebagai satu isyarat bahawa masih ada segelintir yang skeptikal tentang sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Arab Saudi dipilih pengerusikan Suruhanjaya Status Wanita (CSW) ke-69
Arab Saudi dipilih sebulat suara pada Rabu untuk mempengerusikan badan wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Status Wanita (CSW).
Tokoh Wartawan Negara 2014, meninggal dunia
2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia di kediamannya 2 pagi Jumaat
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
Penipuan kewangan: Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana penipuan mata wang kripto yang disifatkan sebagai salah satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.
OIC perlu tubuh pasukan pengaman
OIC perlu menubuhkan pasukan pengaman bagi menangani isu-isu berbangkit seperti penindasan ke atas rakyat Palestin.
Kekejaman zionis: PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa membentuk kabinet baharu di mana beliau juga akan berkhidmat sebagai Menteri Luar.
Kekejaman zionis: ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan yang perlu dan berkesan untuk memastikan bekalan makanan asas tiba tanpa berlengah-lengah kepada penduduk Palestin di Gaza.
Pakaian dalam wanita Palestin jadi bahan gurauan tentera Israel
Ini sekali gus mencipta rekod visual yang sumbang tentang perang di Gaza ketika kebuluran yang semakin meruncing.
Strok haba: Seorang masih dirawat di ICU, seorang di wad biasa - KKM
Sebanyak 28 kes berkaitan haba direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga semalam.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Parlimen: Analisis data projek rintis ubat rawat HIV menunjukkan penurunan
Analisis awal projek perintis penggunaan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) yang digunakan untuk pencegahan HIV menunjukkan penurunan drastik.
Larangan merokok: KKM beri kuasa kepada 189 pegawai penguat kuasa
Kementerian Kesihatan memberi kuasa kepada 189 pegawai penguat kuasa bagi memastikan pematuhan orang ramai terhadap larangan merokok di tempat tidak dibenarkan.
Kutip deposit antara langkah tangani tunggakan kos perubatan warga asing
Kementerian Kesihatan mempunyai beberapa langkah bagi menangani risiko tunggakan kos perubatan bagi pesakit warga asing.
9,800 doktor kontrak diserap ke jawatan tetap, 6,000 dalam proses - Lukanisman
Ia selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyerap 12,000 doktor kontrak ke jawatan tetap sehingga 2025.
Operasi Ramadan 2024 diteruskan, pastikan keselamatan makanan
Operasi Ramadan 2024 bermatlamat memastikan makanan yang disediakan atau dijual adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983.
Cadangan jawatan fleksi untuk pembantu perubatan sedang diteliti JPA - Lukanisman
Cadangan KKM untuk mewujudkan jawatan fleksi bagi pembantu perubatan terlatih supaya kekal berkhidmat sedang diteliti JPA.
KKM lulus peruntukan RM6.5 juta untuk kerja-kerja naik taraf di HSNZ
Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan peruntukan sebanyak RM6.5 juta bagi kerja pembaikan dan menaik taraf blok-blok yang terlibat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Hampir 9,500 pesakit baharu buah pinggang kronik perlu dialisis setiap tahun - Lukanisman
Penghidap penyakit buah pinggang kronik direkodkan semakin meningkat dengan hampir 9,500 pesakit baharu didaftarkan memerlukan rawatan dialisis setiap tahun.