KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan di kerusi DUN Jepak berikutan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip, Jumaat lepas.
Speaker DUN Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata beliau telah menghantar notis pemakluman kekosongan secara rasmi melalui e-mel kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Nassar, selaras dengan Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri Sarawak.
"Selaras dengan Perkara 21(5) Perlembagaan Negeri Sarawak, apabila kerusi ahli yang dipilih telah kosong atas apa-apa sebab selain daripada pembubaran, kekosongan itu hendaklah, dalam tempoh 60 hari dari tarikh yang dipastikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa terdapat kekosongan, diisi melalui pilihan raya mengikut peruntukan Perlembagaan ini," katanya.
Pada sidang media di sini, Asfia berkata penggal DUN Sarawak ke-19 hanya akan tamat pada 14 Feb 2027 dan memandangkan kekosongan luar jangka itu berlaku lebih dua tahun sebelum pembubaran DUN secara automatik, maka Pilihan Raya Kecil (PRK) perlu diadakan.
"Memandangkan kekosongan luar jangka ini berlaku melebihi tempoh dua tahun sebelum pembubaran dewan (DUN) secara automatik, maka pilihan raya kecil perlu diadakan berdasarkan Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri Sarawak," katanya.
Bernama
Tue Sep 19 2023
Mohamad Asfia (foto) berkata beliau telah menghantar notis pemakluman kekosongan secara rasmi melalui e-mel kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Nassar, selaras dengan Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri Sarawak. -Gambar fail/Bernama
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Daftar Pemilih Tambahan Oktober 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2024 (DPT BLN10/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 20 Dis.
Pengerusi SPR, Timbalan Speaker sertai pemerhati antarabangsa pada pilihan raya Uzbekistan
Lebih 500 pemerhati antarabangsa dan 150 wakil media dari 50 negara akan menyertai sebagai pemerhati semasa pilihan raya Uzbekistan pada Ahad ini.
Pemimpin UMNO perlu berhenti serang PKR, hormati aspirasi Kerajaan Perpaduan - AMK
Pemimpin AMK menganggap tindakan segelintir pemimpin UMNO itu seolah-olah mahu menghancurkan kemurnian Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK Mahkota: 38.53 peratus mengundi setakat 2 petang - SPR
Sebanyak 38.53 peratus daripada 61,274 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selesai mengundi setakat 2 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PRK Mahkota: 29.08 peratus mengundi setakat 12 tengah hari - SPR
Proses pengundian di 20 pusat mengundi dengan 109 saluran akan berlangsung sehingga 6 petang ini, selepas dibuka pada 8 pagi tadi.
PRK Mahkota: Calon BN selesai mengundi, seru semua pengundi keluar tunai tanggungjawab
Syed Hussien tiba di pusat mengundi SMK Seri Perdana di Kluang pada 8.54 pagi dan selesai mengundi kira-kira 15 minit kemudian.
PRK Mahkota: 8.89 peratus sudah mengundi setakat 9 pagi
Semua 20 pusat mengundi melibatkan 109 saluran dibuka serentak jam 8 pagi, membolehkan 61,274 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab.
PRK Mahkota: 20 pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian akan berlangsung sehingga 6 petang, sebelum proses penjumlahan undi dilakukan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di Kluang.
PRK Mahkota persediaan akhir menjelang hari mengundi lancar
Persiapan untuk hari mengundi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang akan diadakan esok berjalan lancar, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Ikmalrudin Ishak.
PRK Mahkota: Proses undi awal berakhir, pusat pengundian ditutup 5 petang
Proses pengundian awal bagi PRK DUN Mahkota tamat apabila tiga pusat ditutup pada 5 petang, setelah dibuka 8 pagi tadi.