Beberapa cara boleh digunakan untuk membawa balik Low Taek Jho atau Jho Low ke negara ini berhubung siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Peguam kanan jenayah S.N.Nair berkata pihak berkuasa Malaysia dan atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menghubungi Interpol bagi menggunakan Notis Merah terhadap Jho Low setelah memperoleh waran tangkap terhadapnya.
"Notis Merah ini terpakai di mana-mana negara anggota Interpol. Polis di semua negara anggota Interpol kemudian berkewajipan menangkap Jho Low. Selepas itu, Malaysia boleh membuat permohonan kepada negara berkenaan untuk menghantarnya pulang ke Malaysia.
"Malaysia mungkin tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan semua negara anggota Interpol, tetapi perkara itu tidak menjadi halangan selagi Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dua hala dengan negara berkenaan," katanya apabila ditanya sama ada Malaysia mempunyai pilihan lain bagi menangkap Jho Low kerana negara ini tidak mempunyai perjanjian ektradisi dengan negara tempat Jho Low tinggal sekarang.
Beliau bagaimanapun berkata proses ekstradisi amat kompleks dan merenyahkan kerana sebagai orang kaya, Jho Low mampu menggunakan mahkamah negara itu bagi menyekat atau melengah-lengahkan keseluruhan proses ekstradisi (kecuali Brunei dan Singapura).
Nair berkata Malaysia juga boleh terus membatalkan pasport Jho Low, dan dengan itu akan menjadikannya sebagai orang tanpa warganegara.
"Dengan cara itu, dia perlu bergantung kepada belas ihsan negara yang menjadi tempat tinggalnya sekarang kerana melanggar undang-undang imigresen negara berkenaan. Tekanan seperti ini akhirnya akan memaksa Jho Low kembali ke Malaysia secara sukarela seperti dialami beberapa pelarian warga Singapura yang mencari perlindungan di luar negara," kata beliau.
Seorang lagi peguam kanan jenayah, Datuk N. Sivananthan pula berpendapat, oleh kerana Notis Merah kini sudah dikeluarkan terhadap Jho Low, maka semua negara menjadi pihak kepada Interpol berkewajipan menangkap dan menghantar beliau ke negara yang memohon penangkapannya.
"Bagaimanapun, di sinilah akan timbul kerumitan. Pertama, adakah dia menjadi rakyat atau penduduk tetap di negara yang dia sedang berada dan sama ada negara itu mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia.
"Kedua, dia boleh menggunakan hujah bahawa tiada pertuduhan yang menunggunya ketika ini dan dia mungkin boleh menggunakan alasan bahawa penyiasat boleh menemuduganya di tempat dia sedang berada," kata peguam itu .
Beliau seterusnya berkata Jho Low juga boleh menggunakan hujah bahawa siasatan terhadapnya berasaskan politik berikutan hubungannya dengan perdana menteri sebelum ini, serta keluarganya dan pertuduhan berasaskan politik tidak terikat dengan ekstradisi walaupun negara berkenaan bersedia menimbang alasan serupa dengan ketiadaan perjanjian berkaitan ekstradisi.
"Oleh kerana dia mengambil pendekatan pertama melalui peguamnya, saya berpendapat apa yang perlu dilakukan ialah menemuduganya di negara di mana dia tinggal sekarang dan sekiranya terdapat keputusan untuk mengenakan pertuduhan terhadapnya kelak, langkah sewajarnya perlu diambil selepas itu.
"Kita masih dalam fasa mencari fakta dan kehadiran Jho Low perlu dimanfaatkan bagi mendapatkan pencerahan tentang kesalahan yang telah dilakukan.
"Pada pendapat saya, apabila anda berada dalam fasa membuat keputusan sama ada kesalahan telah dilakukan, maka butiran dan fakta mengenainya menjadi sangat penting. Spekulasi oleh media, sentimen orang ramai dan laporan tidak berasas perlu diketepikan. Perlu ada bukti nyata untuk membuat pertuduhan kerana jika tidak, ia tidak mencukupi," katanya.
Notis Merah adalah permohonan oleh negara anggota bagi mengesan dan menangkap seseorang individu sebelum dia dikenakan ekstradisi dan notis itu akan hanya dikeluarkan sekiranya terdapat waran tangkapan kebangsaan yang sah.
Bekas pengerusi Jawatankuasa Amalan Jenayah Majlis Peguam Kuala Lumpur, Lim Chi Chau pula berkata terdapat beberapa cara untuk membawa pulang Jho Low ke negara ini, tetapi ia melibatkan proses panjang serta tertakluk kepada undang-udang di negara di mana dia (Jho Low) tinggal.
"Ketiadaan perjanjian ekstradisi tidak bermakna keadaan menjadi mustahil. Perjanjian hanya memudahkan proses itu," katanya sambil menambah bahawa Malaysia boleh memohon Notis Merah bagi menangkap Jho Low, tetapi ia melibatkan satu proses panjang lebar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 11 2018
Nair berkata Malaysia juga boleh terus membatalkan pasport Jho Low (gambar), dan dengan itu akan menjadikannya sebagai orang tanpa warganegara.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI
Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.