GEORGE TOWN: Notis penutupan operasi ladang akan dikeluarkan kepada ladang-ladang babi yang telah dikompaun dan masih gagal mematuhi lesen penternakan bermula 1 Jun tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Norlela Ariffin berkata berdasarkan rekod Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP), sebanyak 54 kompaun telah dikeluarkan.
"Sebanyak 24 ladang babi sedang dalam proses untuk ditutup secara sukarela. Selain itu, terdapat satu ladang telah ditutup dan satu lagi ladang dikosongkan.
"Sekiranya ladang yang telah dikompaun tersebut masih gagal untuk mematuhi syarat lesen penternakan, notis penutupan operasi ladang akan dikeluarkan bermula 1 Jun 2022," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mohd Yusni Mat Piah (PAS-Penaga) tentang penguatkuasaan terhadap penternak babi.
Mengikut kriteria terkandung dalam Enakmen Penternakan Babi 2016 (Enakmen) dan Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2021, kandang mestilah tertutup dan mempunyai pengurusan sisa kumbahan ladang.
Mengenai soalan Datuk Muhamad Yusoff Mohd Noor (BN-Sungai Dua) berkenaan kemajuan pembangunan ladang tertutup ternakan babi hingga kini, Dr Norlela berkata terdapat 15 ladang babi telah dinaik taraf 100 peratus.
Dr Norlela menjelaskan terdapat 31 buah ladang telah mencapai lebih 50 peratus penaiktarafan, 22 buah ladang sedang dalam proses dinaik taraf dan baki 70 buah yang masih tidak dinaik taraf.
"Berdasarkan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030, kedudukan kawasan khinzir terbesar di Pulau Pinang adalah di Kampung Selamat, Seberang Perai Utara dan di Ladang Valdor, Seberang Perai Selatan.
"Perancangan penempatan semula kawasan khinzir ini ke dua lokasi baharu telah diuruskan oleh pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 02 2022

Sebanyak 24 ladang babi sedang dalam proses untuk ditutup secara sukarela. Selain itu, terdapat satu ladang telah ditutup dan satu lagi ladang dikosongkan. - Gambar hiasan

Gempa bumi sederhana melanda Selatan Sumba, Indonesia
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sukan Perpaduan Islam: Irfan Shamsuddin dibatasi kecederaan
Dia melakar catatan 59.37m menerusi balingan pertamanya dan hanya menyempurnakan dua lontaran daripada baki aksi.

Karachi, bandar paling tidak sesuai didiami di dunia
Ia diburukkan lagi dengan isu kebersihan apabila sampah dan sisa makanan dibuang di tepi jalan, mengundang ketidakselesaan.

3,942 kes baharu COVID-19, empat kematian
Pengurangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4.69 juta sejak pandemik melanda negara.

Penganalisis semak semula unjuran KDNK 2022 hingga 6.6%, jangka OPR dinaikkan September ini
Pertumbuhan pada suku berkenaan adalah lebih kukuh berbanding suku pertama yang berkembang 5%.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 Ogos 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 Ogos 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982406/thumbnails/28747944061660351721926_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 Ogos 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: Malaysia laksana polisi pengurusan kenderaan akhir hayat menjelang 2025 Kuasa beli menurun, corak perbelanjaan kini berubah - Kajian #AWANInews #MalaysiaSihat

Hong Leong Bank diiktiraf bank PKS terbaik untuk kali ke-4 di Anugerah Perkhidmatan Kewangan Runcit 2022
HLB juga dinobatkan sebagai 'Bank PKS Terbaik di Malaysia' oleh Asian Banking and Finance baru-baru ini.

AWANI Pagi: AWANI Pagi: KLFW I Dimana KLFW membawa jenama lokal selepas 10 tahun
Acara fesyen, Kuala Lumpu Fashion Week (KLFW) telah sedekad meraikan bakat-bakat atau karya pereka fesyen tempatan. Namun apa pula yang akan dibawakan selepas 10 tahun ini? Bagaimana ia membawa jenama Malaysia ke peringkat antarabangsa? Diskusinya dalam #AWANIPagi #AWANInews #MalaysiaSihat

Saraf Salman Rushdie putus akibat ditikam, mungkin buta sebelah mata
Salman cedera selepas ditikam di atas pentas pada acara sastera di Institut Chautauqua, New York pada Jumaat.

Aramex Malaysia beli 10 motosikal baharu, lancar program Ride-2-Own
Pembelian motosikal itu juga sekali gus mengembangkan lagi perkhidmatan syarikat itu kepada komuniti di Malaysia.

Notis penutupan ladang ternak babi P. Pinang gagal patuhi lesen mulai 1 Jun
Notis penutupan operasi ladang akan dikeluarkan kepada ladang-ladang babi yang telah dikompaun dan masih gagal mematuhi lesen penternakan bermula 1 Jun tahun ini.

Kerajaan P. Pinang akan tutup operasi ladang babi tidak patuh syarat enakmen
Kerajaan Pulau Pinang akan bertindak lebih tegas terhadap pengusaha ladang babi yang tidak mematuhi Enakmen Penternakan Babi 2016.

ASF: Ladang babi di Sibu ditutup, ternakan dimusnahkan - Dr Rundi
Ladang ternakan yang dijangkiti Demam Babi Afrika (ASF) di Sibu akan ditutup dan semua ternakan dimusnahkan serta dikurangkan jumlahnya.

JPV kesan penyakit ASF di tujuh ladang komersial di Paya Mengkuang
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia hari ini mengesahkan berlaku penularan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) di tujuh ladang babi komersial di Paya Mengkuang di Masjid Tanah.

Gagal penuhi syarat pelesenan, 34 ladang babi ditutup di Perak
Sebanyak 34 ladang khinzir telah ditutup di Perak kerana tidak memenuhi syarat pelesenan.

Ladang babi curi air bersih diserbu SPAN
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melakukan satu serbuan ke atas sebuah ladang ternakan babi di Kampung Tumbuk Pantai, Tanjung Sepat, di Sepang, Selangor siang tadi.

Mulai 2022, Perak tutup ladang babi jika gagal laksana konsep perladangan moden
Mulai tarikh itu, semua jabatan dan agensi terlibat akan melaksanakan penguatkuasaan untuk menutup ladang-ladang babi tradisional.

Ladang babi haram bukti MB Selangor hanya reka cerita disabotaj - Shahril
Kegagalan kerajaan negeri mengawal kewujudan ladang-ladang babi haram berkenaan menyebabkan air di Sungai Klang dan Sungai Langat tercemar.