awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NRE diberi kuasa ambil tindakan terhadap kilang haram

Tan Su Lin
Tan Su Lin
19/10/2016
05:50 MYT
NRE diberi kuasa ambil tindakan terhadap kilang haram
WAN JUNAIDI: Mesyuarat Majlis Alam Sekitar Negara akan diadakan pada 24 Oktober ini untuk mendapat persetujuan semua pihak. - Foto Bernama
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan diberi kuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap kilang-kilang haram yang menjalankan operasi di tepi sungai sehingga mengakibatkan pencemaran.
Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tunku Jaafar berkata keputusan drastik itu terpaksa diambil pihaknya setelah mendapati tiada tindakan daripada kerajaan negeri bagi menangani isu pencemaran sungai.
Ujar beliau, pihaknya akan mengadakan mesyuarat Majlis Alam Sekitar Negara pada 24 Oktober ini untuk mendapat persetujuan semua pihak.
"Dulu kerajaan negeri yang sepatutnya memindahkan mereka. Mereka yang kena ambil tindakan, sekarang mereka tidak buat apa-apa, jadi saya akan mengambil tindakan di bawah undang-undang sedia ada.
"Selepas mendapat keputusan Majlis Alam Sekitar, selepas ini Menteri berkuasa untuk mendaftar premis dan Jabatan Alam Sekitar boleh menggunakan kuasa itu untuk menutup semua aktiviti kilang-kilang haram ini," katanya ketika ditemui pemberita di lobi parlimen di sini.
Pada mesyuarat itu juga, ujarnya, beliau akan menyenaraikan semua kilang serta premis yang beroperasi di tepian sungai yang berisiko melakukan pencemaran.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas insiden pencemaran di Sungai Semenyih baru-baru ini sehingga menyebabkan lebih 1 juta penduduk di empat daerah iaitu Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang berdepan gangguan bekalan air berikutan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa ditutup.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Wan Junaidi Tunku Jaafar
#Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
#kilang haram
#tindakan undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan