KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menetapkan seorang wakil belia untuk menyertai Panel Perundingan Perubahan Iklim, bagi mengiktiraf kepentingan penglibatan golongan muda dalam membentuk masa depan planet ini.
Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata suara orang muda ialah komponen yang sangat diperlukan dalam proses membuat keputusan yang berkaitan dengan dasar iklim kerana minat, inovasi dan perspektif baharu mereka adalah penting dalam mencari penyelesaian bagi negara menuju ke arah laluan yang lebih hijau.
Beliau yang mengadakan pertemuan dengan wakil belia itu pada 25 Sept lepas berkata kementerian teruja dengan kerjasama untuk menangani isu perubahan iklim.
"Hakikatnya ialah perjuangan menentang perubahan iklim akan menang atau kalah dengan golongan muda. Semasa saya membesar, perubahan iklim mungkin tidak berlaku di mana-mana seperti sekarang. Tetapi, saya ingin berfikir bahawa untuk generasi saya, keperluan untuk melindungi alam sekitar semakin menyedarkan kita.
"Akhirnya hari ini, pada era semasa, kita mendapati bahawa perubahan iklim ialah kebimbangan mendesak yang tidak dapat dinafikan, termasuk dalam kalangan orang muda Malaysia," katanya ketika melancarkan siri SAFE STEPS Kids Climate Change di sini hari ini.
Beliau berkata Tinjauan Perubahan Iklim Belia Kebangsaan Malaysia 2020 oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan EcoKnights mendapati 92 peratus remaja yang terlibat dalam tinjauan itu menunjukkan tahap kebimbangan yang tinggi terhadap perubahan iklim.
" ... dan terdapat persetujuan antara belia bahawa perubahan iklim sedang berlaku. Sembilan daripada 10 belia berkata mereka mengambil tindakan individu untuk menangani perubahan iklim.
"Perubahan iklim memerlukan tindakan segera, bukan sahaja daripada kita tetapi juga generasi yang akan mewarisi akibat daripada tindakan atau kegagalan kita. Kita perlu memperkasakan anak-anak untuk mengambil langkah bermakna dalam menangani cabaran global ini," katanya.
Oleh itu, Nik Nazmi berkata kementerian mengiktiraf kepentingan penyesuaian perubahan iklim, merangkumi strategi yang bertujuan mengurangkan perubahan iklim, melindungi komuniti yang mudah terjejas dan mengutamakan keperluan kanak-kanak.
"Pembangunan Pelan Adaptasi Kebangsaan akan memfokuskan kepada pengukuhan daya tahan masyarakat, dengan satu daripada matlamatnya adalah untuk meminimumkan kesan buruk perubahan iklim terhadap kanak-kanak," katanya.
Berkenaan siri SAFE STEPS Kids Climate Change, beliau berkata ia akan menyediakan penjelasan tentang perubahan iklim yang ringkas dan mudah difahami menerusi watak yang digemari dalam Cartoon Network, memanfaatkan karakter kartun yang disukai untuk meningkatkan kesedaran dan memberikan mesej ringkas dan mendidik kepada kanak-kanak.
Siri itu dijangka menjangkau lebih 20 juta isi rumah di seluruh Asia melalui Cartoon Network.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2023
Nik Nazmi yang mengadakan pertemuan dengan wakil belia itu pada 25 Sept lepas berkata kementerian teruja dengan kerjasama untuk menangani isu perubahan iklim. - Gambar fail/BERNAMA
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Kerajaan Malaysia lancar prospektus tenaga lestari di COP28
Menteri NRECC Nik Nazmi Nik Ahmad berkata keperluan mendesak untuk Malaysia beralih kepada tenaga mampan didorong oleh komitmen global.
Kerajaan belanja AS$3 juta geran GCF untuk pelan adaptasi kebangsaan mengenai perubahan iklim -- Nik Nazmi
Kerajaan akan membelanjakan AS$3 juta (AS$1=RM4.66) dalam bentuk geran daripada Dana Iklim Hijau (GCF) untuk membangunkan Pelan Adaptasi Kebangsaan (NAP) mengenai perubahan iklim.
Malaysia pertimbang mekanisme RFI untuk kurangkan karbon arang batu
Malaysia sedang mempertimbangkan secara aktif mekanisme permintaan maklumat (RFI) untuk pengurangan karbon arang batu.
Aktiviti guna tanah mungkin punca banjir puing di Bukit Tinggi
NRECC memaklumkan aktiviti guna tanah itu menjadi penyumbang kepada kadar hakisan tanah yang tinggi.
Kerajaan agih RM100 juta laksana kerja kecemasan luar jangka hadapi banjir
Kerja-kerja kecemasan itu merangkumi skop memulihkan sistem saliran dan perparitan, jalan dan jambatan serta memulihkan struktur kawalan banjir.
NRECC tubuh jawatankuasa kaji isu jerebu rentas sempadan
NRECC akan menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji isu berkaitan jerebu rentas sempadan termasuk penggubalan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THA).
Sistem e-Tanah diperluas ke Selangor
Antara kelebihan Sistem e-Tanah adalah penggunaan teknologi sesawang yang boleh diakses tanpa sempadan masa dan tempat.
31 kawasan 'hotspot' tanah runtuh dikenal pasti di seluruh negara - JMG
Datuk Zamri Ramli, pihaknya telah melaksanakan pemantauan terhadap 254 cerun kritikal di seluruh negara.
Malaysia minat bangun projek perintis mitigasi banjir dengan Belanda
Malaysia berhasrat untuk memperluaskan kerjasama dengan Belanda khususnya membangunkan projek perintis yang boleh dilaksanakan dalam bidang mitigasi dan agenda ketahanan iklim.
Kerajaan Persekutuan cadang henti pembayaran EFT jika pengubahsuaian KSAS di Kelantan diteruskan
NRECC bercadang menghentikan pembayaran EFT kepada Kelantan sekiranya cadangan pengubahsuaian garis panduan KSAS di negeri itu diteruskan, kata Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.