awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

N.Sembilan mahu perangi judi haram - Exco

Bernama
Bernama
27/01/2016
02:47 MYT
N.Sembilan mahu perangi judi haram - Exco
Exco negeri, Datuk Jalaluddin Alias (gambar) berkata beliau telah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan supaya meningkatkan operasi bersepadu dengan penglibatan bersama polis bersama beberapa jabatan lain. - Foto BERNAMA
Kerajaan Negeri Sembilan akan menggempur habis-habisan pusat judi berkomputer haram, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Jalaluddin Alias.
Beliau berkata beliau telah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan supaya meningkatkan operasi bersepadu dengan penglibatan bersama polis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Tenaga Nasional Bhd, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
"Operasi bersepadu ini diteruskan seperti tahun-tahun sebelumnya, tetapi kali ini kita akan mengadakannya lebih kerap dalam usaha membendung kegiatan yang tidak sihat itu. Kita dalam proses mengekang pusat-pusat judi haram di negeri ini, tetapi dalam masa yang sama jika masyarakat sedar tentang keperluan untuk tidak mengunjungi pusat ini, saya yakin pusat ini tidak akan wujud.
"Kenapa pusat ini wujud sebab ia ada permintaan. Oleh itu, setiap individu perlu ada perubahan sikap untuk tidak mengunjungi pusat judi haram demi kesejahteraan kehidupan mereka," katanya kepada pemberita.
Katanya sehingga 15 Jan lepas, pihak polis telah membuat 260 serbuan dan pemantauan dan daripada itu 44 orang telah ditangkap serta 182 mesin judi dirampas, manakala 39 kes dalam proses tuduhan.
Jalaluddin berkata semua lesen pusat hiburan keluarga di negeri ini sudah dibekukan dan tidak diperbaharui sejak 2013.
"Manakala pada tahun lepas, mana-mana lesen perniagaan pusat hiburan keluarga yang ada kita perbaharui sehingga hujung tahun 2015. Jadi, bermula tahun ini tidak ada lagi lesen pusat hiburan keluarga.
"Bagaimanapun, kita ada mengeluarkan lesen biliard, snuker dan lesen permainan kanak-kanak di pasar raya, katanya.
Mengenai pusat refleksologi, beliau berkata setakat ini pihaknya mengeluarkan 142 lesen perniagaan di kawasan Majlis Perbandaran Seremban.
"Tetapi kita tidak keluarkan lesen baharu untuk pusat ini mulai tahun ini. Bagaimanapun kita memberi amaran keras terhadap mana-mana pemegang lesen pusat itu di mana jika terdapat perlanggaran lesen, kita akan batalkan lessen perniagaan mereka serta merta.
"Kita akan memantau dari semasa ke semasa pusat urut kerana ada kemungkinan pusat urut menjalankan perniagaan sampingan," katanya.
Topic Berkaitan
#haram
#jalaluddin alias
#komputer
#Negeri Sembilan
#pusat judi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan