PORT DICKSON: Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan kehadiran 10,000 pelancong Bangladesh berpendapatan tinggi ke negeri ini tahun ini.
Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, usaha sedang dilakukan bagi menarik kemasukan pelancong dari negara itu menerusi kerjasama dengan pemain industri mereka.
"Saya difahamkan kira-kira 3,000 pelancong Bangladesh pergi ke Thailand setiap bulan dan 1,000 pergi ke Singapura sedangkan kadar pertukaran wang negara kita lebih rendah.
"Jika mereka mampu pergi ke Singapura mereka mengapa hanya 500 saja rakyat negara itu yang datang Malaysia. Jadi kita perlu ambil peluang menarik kehadiran pelancong dari sana," katanya.
Beliau berkata demikian ditemui selepas Memorandum Persefahaman (MoU) dilakukan antara antara Persatuan Hotel Negeri Sembilan (MAH) dengan ejen pelancongan terkemuka di Bangladesh iaitu, Cosmos Holiday Bangladesh, di sini, Jumaat.
Ia disempurnakan oleh Pengerusi MAH Negeri Sembilan Haziz Hassan dan Pengarah Urusan, Cosmos Holiday Bangladesh, Sabbir Ahmed.
Menurutnya, beliau mendapati salah satu faktor kekurangan pelancong dari negara terbabit disebabkan masalah permohonan visa yang mengambil masa agak lama untuk diluluskan berbanding negara jiran yang hanya mengambil masa tiga hari.
Sehubungan itu katanya, beliau akan berbincang dengan pihak berwajib bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.
"Saya rasa masalah timbul kerana mereka gunakan kriteria yang sama untuk visa pekerja dengan visa pelancong.
"Saya akan cuba berbincang dengan pihak berkenaan supaya dapat digunakan satu kriteria berlainan terutamanya untuk pelancong berpendapatan tinggi atau berprofil tinggi ini bagi menggalakkan lebih ramai yang datang ke Negeri Sembilan khususnya Port Dickson," katanya.
Tambahnya, sebagai permulaan kira-kira 160 pelancong dari negara itu akan datang ke Negeri Sembilan dijangka pada Mei ini menerusi komitmen daripada Cosmos Holiday Bangladesh.
Ujarnya, mereka difahamkan akan turun di Lapangan Terbang Melaka dan terus ke Port Dickson untuk aktiviti bermain golf.
"Keunikan dan kelebihan negara kita kerana mesra Muslim dan kebanyakan rakyat negara itu pula beragama Islam.
"Selain itu saya juga dapati mereka berminat dengan pelancongan perubatan dan pelaburan," katanya.
Dalam pada itu beliau berharap stigma negatif terhadap rakyat negara terbabit perlu diubah kerana bukan semuanya begitu.
Ini kerana katanya, ada antara mereka yang berpendidikan tinggi dan jauh berbeza dengan gaya hidup pekerja asing yang biasa dilihat di negara ini. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 23 2024
Nicole (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen antara Haziz dengan Sabbir. -Foto Sinar Harian
Pasukan petugas ditubuh pantau, selenggara pokok teduhan di ibu negara
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membentuk pasukan petugas dalam waktu terdekat untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara.
Jajaran Seksyen 7 WCE siap Mac 2026 - Nanta
Pembinaan Jajaran Tanjong Karang-Assam Jawa di Seksyen 7 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) telah mencapai tahap 71 peratus, dan dijanga siap pada Mac 2026.
AWANI Ringkas: Ekonomi | Seleweng Dana | Keselamatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
FBM KLCI di paras tertinggi sejak Mac MAC 2022, penurunan kadar dijangka dorong sentimen global
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 7.88 mata kepada 1,611.11 berbanding 1,603.23 semasa ditutup semalam, menandakan paras tertingginya sejak Mac 2022.
Ringgit ditutup tinggi melonjak ke paras 4.68 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6810/6850 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7050/7075 pada Rabu.
Keperluan manusia tetap diperlukan walaupun AI semakin canggih
Masih tidak dapat dinafikan bahawa ada lagi kepentingan untuk penggunaan tenaga manusia walaupun permintaan kecerdasan buatan (AI) semakin meningkat..
Menurut Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, Anur Fariz Fadzil, keperluan tenaga itu diperlukan untuk melihat dan menapis kandungan yang tidak beretika di aplikasi tersebut
Menurut Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, Anur Fariz Fadzil, keperluan tenaga itu diperlukan untuk melihat dan menapis kandungan yang tidak beretika di aplikasi tersebut
Pokok tumbang atas dua kereta, dua mangsa terperangkap
Dua lelaki terselamat daripada maut apabila terperangkap dalam kereta selepas sebatang pokok besar tumbang di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar.
Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM diketahui 23 Julai
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh tersebut pada Khamis selepas selesai mendengar hujahan semua pihak.
Tiada cadangan wajibkan pemasangan 'dash cam'
Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini, kata menteri Pengangkutan Anthony Loke.
WHO lulus vaksin terbaharu TAK-003
WHO meluluskan vaksin denggi baharu TAK-003 pada 10 Mei lalu.
N.Sembilan sasar kehadiran 10,000 pelancong Bangladesh tahun ini
Nicole Tan Lee Koon berkata, usaha sedang dilakukan bagi menarik kemasukan pelancong dari negara itu menerusi kerjasama dengan pemain industri mereka.