Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) mengutuk keras serangan ke atas jurugambar New Straits Times (NST) Mohd Aizuddin Akmal di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi pada pagi Selasa.
Presidennya Chin Sung Chew berkata, kesatuan itu – yang mewakili 1,500 ahli – tidak akan bertolak ansur dengan sebarang keganasan secara tidak bertamadun terutama sekali ketika para wartawan sedang menjalankan tugasan mereka di lokasi.
"Kami menggesa ahli-ahli kami mengambil sikap berhati-hati dan lebih berjaga-jaga apabila mereka berada di lokasi. Kerja kita telah menjadi semakin berbahaya," kata Chin dalam satu kenyataan.
Kesatuan ini turut menggesa penguat kuasa undang-undang untuk meneliti perkara ini dan menjalankan penyiasatan secepat mungkin.
"NUJ Malaysia dengan jelas menegaskan bahawa tiada siapa yang harus mengambil keadilan di tangan mereka, tanpa mengira situasi itu," katanya.
Kesatuan itu juga akan menyediakan bantuan guaman untuk Aizuddin jika perlu.
Pada Selasa, kekecohan berlaku semasa ketibaan tiga jenazah penumpang MH17, iaitu pasangan Paul Goes, warga Belanda dan isterinya, Subashni Jretnam, serta anak mereka, Kaelamayajay Goes di Pusat Peringatan Nirvana.
Ia berlaku apabila salah seorang ahli keluarga mendiang, secara tiba-tiba menyerang jurugambar dan jurukamera yang membuat rakaman semasa urusan mengeluarkan jenazah pertama daripada van jenazah.
Lelaki itu kemudian cuba menumbuk beberapa orang petugas media menyebabkan Aizuddin cedera di bahagian muka dan hidung.
Beliau kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi selepas mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.
Astro Awani
Wed Sep 03 2014
Aizuddin Saad (kanan) ditumbuk lelaki dipercayai waris mangsa tragedi ketika membuat liputan di Nirvana Memorial Center, Sungai Besi. -Foto Bernama
AWANI 7:45 [23/04/2024] – Ditukar kepada majlis tahlil dan doa | Tujuh lelaki dan tiga wanita | Desakan semakin kuat
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Jabatan Bantuan Guaman perlu main peranan dalam pelbagai kes, bukan hanya jenayah - Azalina
JBG diwujud bagi memberikan khidmat bantuan guaman kepada mereka yang layak berpandukan Akta Bantuan Guaman 1971.
AWANI Ringkas: Sambutan dibatalkan, digantikan dengan doa selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah
Satu daripada empat gambar yang dimuat naik itu memaparkan lima anggota TLDM melambai rakan mereka yang berlepas ke Lumut.
KPDN gesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan segera kad fleet
KPDN menggesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan di Semenanjung Malaysia yang terpilih untuk segera memohon kad fleet.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 762 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 717 sen sekilogram.
Kemasukan ke hospital kerana hisap 'vape', termasuk golongan kanak-kanak meningkat 733 peratus dalam 4 tahun
Kemasukan kanak-kanak kerana penyakit berkaitan mengevap merupakan enam peratus daripada jumlah kemasukan keseluruhan dalam tahun 2020.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7785/7820 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7785 pada Isnin.
NUJ mengutuk serangan ke atas jurugambar NST
Kesatuan yang mewakili 1,500 ahli tidak akan bertolak ansur dengan sebarang keganasan secara tidak bertamadun ketika para wartawan sedang bertugas di lokasi.