awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NUR Alert: PDRM, Facebook umum kerjasama

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
04/11/2016
08:14 MYT
NUR Alert:  PDRM, Facebook umum kerjasama
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (dua, kiri) merasmikan pelancaran sistem NUR Alert di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. Turut hadir Pengarah Amanah, Perundangan dan Keselamatan Facebook (USA), Emily Vacher. - Foto Bernama
Polis Diraja Malaysia (PDRM)telah mengumumkan kerjasama dengan Facebook bagi menghantar amaran awal membabitkan kes kehilangan kanak-kanak di negara ini.
Sistem tersebut, dikenali sebagai National Urgent Response Alert atau NUR Alert akan dihantar kepada orang ramai melalui laman sosial terbabit.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sistem ini penting untuk memastikan kanak-kanak yang hilang dapat ditemui secepat mungkin.
"Menerusi 19 juta pengguna berdaftar Facebook di Malaysia, maklumat dapat disalurkan dengan cepat dan cara ini lebih efisyen untuk menyebar maklumat bagi mengesan kanak-kanak hilang," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran sistem itu, di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Amanah dan Keselamatan Facebook, Emily Vacher.
Kata Emily, PDRM merupakan agensi kelapan di dunia dan pertama di Asia untuk bekerjasama dengan Facebook dalam mengintegrasikan sistem ini.
Sistem NUR Alert dilancarkan pada 2007 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat berikutan penculikan Nurin Jazlin Jazimin.
PDRM bekerjasama dengan 35 ahli lain dalam sistem NUR Alert yang terdiri daripada pelbagai kementerian dan pertubuhan bukan kerajaan untuk mengumpul maklumat dan mencari kanak-kanak hilang di bawah sistem berkenaan.
Topic Berkaitan
#Facebook
#Khalid Abu Bakar
#KPN
#National Urgent Response Alert
#Nur Alert
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan