SHAH ALAM: Polis tidak menolak kemungkinan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang kini dalam buruan mungkin berada di luar negara.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, berdasarkan beberapa maklumat diterima, beliau menyifatkan kemungkinan itu - berada di luar negara - agak kuat.
Begitupun, ketika ditanya adakah Muhammad Sajjad atau turut dikenali sebagai Nur Sajat berada di Thailand, Acryl Sani berkata pihaknya masih menyiasat semua maklumat diperolehi.
"Bagaimana dia berada di sana (Thailand) Wallahualam. Mungkin dia menggunakan kaedah tertentu yang memungkinkan dia boleh berada di luar negara. Walau apa sekalipun, kita tidak akan putus asa untuk mengesannya.
"Jadi, apa pun kita akan bantu mahkamah syariah untuk mengesan dia (Nur Sajat) kerana kes ini merupakan kes mahkamah syariah.
"Kita akan bantu mengikut kemampuan kita dan kita percaya kita telah berusaha dan kalau subjek ini berada dalam negara kita InsyaAllah kita akan dapat jejak dan kesan. Sementara waktu ini kita perlu bersabar dahulu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Isnin.
Tambah beliau, pihaknya menerima banyak maklumat mendakwa usahawan itu berada di pelbagai lokasi.
"Maklumat ini macam-macam (diterima). Ada orang kata dia di Johor dan Kelantan. Jadi maklumat itu kita ambil tindakan dengan elemen kita di setiap tempat dan jika betul akan dapat dikesan.
"Tapi apa yang berlaku dia tiada di sana," ujarnya.
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebelum ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab pada 23 Februari lalu.
Difahamkan, Muhammad Sajjad bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah.
Ridauddin Daud
Mon Apr 26 2021
Ketika ditanya adakah Muhammad Sajjad berada di Thailand, Acryl Sani berkata pihaknya masih menyiasat semua maklumat diperolehi. - Gambar fail
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
"I dekat 'dalam' nanti" - Netizen sedih Sajat tak dapat balik lawat bapa sakit!
Ramai yang bertanyakan sama ada Sajat akan pulang ke Malaysia untuk menziarahi bapanya ataupun tidak.
Sajat dikehendaki polis kes penipuan maklumat kad pengenalan
Sajat yang juga saksi dikehendaki hadir prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 22 Februari.
Bakal menetap di Australia? Sajat tayang rumah di sana
Sajat kini masih tinggal di hotel dan bakal berpindah ke rumah baharu tidak lama lagi.
Sajat sah ke Australia enggan pulang ke Malaysia
Usahawan kosmetik kontroversi yang juga dalam buruan polis, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36 tahun memaklumkan telah berhijrah ke Australia.
Polis sahkan kes penipuan Sajat babitkan pertukaran nama, jantina pada kad pengenalan
Polis mengesahkan usahawan kosmetik kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali Nur Sajat diburu polis berhubung kes penipuan yang membabitkan pertukaran nama dan jantina.
Polis buru Sajat kes tukar maklumat kad pengenalan
Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat diburu polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.
Pulanglah Sajat, kamu bukannya hadapi kes berat di mahkamah - Ketua Polis Negara
Polis hairan dengan tindakan Sajat melarikan diri memandangkan dia tidak berdepan pertuduhan atau hukuman berat.
PGA edar gambar Sajat di pos kawalan, elak bolos ke negara jiran
Gambar Sajat mula diedarkan sejak bulan lepas namun sehingga hari ini pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat melibatkan individu berkenaan.
'Masa bila kita jadi pelarian? Buat apa nak jadi pelarian...?' - Sajat
Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat menafikan bersembunyi daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak berkuasa sebelum ini.
Bicara kes saman Mujahid berhubung isu Sajat bertelekung bermula 12 Julai
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, yang memfailkan saman pada 12 Ogos tahun lepas.