Nurul Izzah bermalam di lokap, pendengaran reman pagi ini

Haider Yutim
Mac 16, 2015 23:45 MYT
Adik Nurul Izzah iaitu Nurul Nuha Anwar meluahkan rasa sedih dan marah atas penahanan kakaknya itu. Foto AWANI / Shahir Omar
Pihak polis membawa Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ke rumahnya di Bukit Segambut untuk mengambil sesuatu berkait siasatan Akta Hasutan.
Polis memaklumkan kepada peguam, mereka tidak akan menahan reman Nurul Izzah selepas kenyataan beliau diambil di IPD Dang Wangi.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang ditahan reman untuk satu malam pada Isnin, akan menjalani pendengaran reman pagi ini jam 10 pagi.
Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, tujuan pendengaran tersebut adalah bagi melanjutkan tempoh reman terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Dalam pada itu, adik Nurul Izzah iaitu Nurul Nuha Anwar meluahkan rasa sedih dan marah atas penahanan kakaknya itu.
"Dia hanya beri tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen... anak-anak sedih. Lagipun kenyataan tidak diambil.
"Dan kami tidak tahu kenapa dia direman tanpa ambil kenyataan penuh... kami sedih, kami marah," katanya kepada pemberita di hadapan IPD Dang Wangi, semalam.
Nurul Nuha juga diihat bersama anak-anak Nurul Izzah, Raja Safiyah Raja Shahrir,7 dan Raja Haris Raja Shahrir, 6.
Beliau dikatakan membawa mereka untuk bertemu dengan ibu mereka sebelum Nurul Izzah dibawa ke Jinjang.

Ya Allah, berilah kekuatan dlm mengharungi dugaan ini... #KitaLawan pic.twitter.com/FfoKpjQpI7

— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) March 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sedihnya... @n_izzah bersama anak2, sblm dibawa ke lokap Jinjang utk ditahan satu malam. #KitaLawan pic.twitter.com/Ro6nw4QbmX

— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) March 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Nurul Izzah Anwar telah ditahan reman berhubung ucapan ‘Ketua Pembangkang’ yang dibuat pada Selasa lalu.
Nurul Izzah dalam sesi bahas di Parlimen yang yang memetik ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dikatakan mempertikai sistem kehakiman negara.
#Fahmi Fadzil #Jinjang #lokap #Nurul Izzah Anwar #Nurul Nuha