awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saksi gambarkan suasana cemas selepas kebakaran maut di pusat peranginan Switzerland
Kebakaran bar di Switzerland mungkin berpunca daripada bunga api pada botol minuman - Pihak berkuasa
Kejayaan usahawan perintis tanaman bawang bukti keberkesanan kerjasama MARDI, petani
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nurul Izzah dihalang daripada memasuki Sarawak

Bernama
Bernama
06/12/2015
15:38 MYT
Nurul Izzah dihalang daripada memasuki Sarawak
Naib Presiden PKR itu yang tiba dengan penerbangan AK5120 memberikan kerjasama yang baik, dan kemudiannya menaiki pesawat AK5211 untuk kembali ke Kuala Lumpur. - Gambar Fail
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dihalang daripada memasuki negeri Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini pada kira-kira pukul 4 petang ini.
Pengarah Imigresen Sarawak Datuk Mohd Zulfikar Ahmad yang mengesahkan perkara itu berkata kemasukan Nurul Izah ditolak atas arahan pihak berkuasa negeri, dan jabatan imigresen kemudiannya melaksanakan arahan dengan betul dan teratur dengan mengeluarkan Notis Penolakan Masuk kepada subjek iaitu Nurul Izzah.
Beliau dalam satu kenyataan ringkas berkata, Naib Presiden PKR itu yang tiba dengan penerbangan AK5120 memberikan kerjasama yang baik, dan kemudiannya menaiki pesawat AK5211 untuk kembali ke Kuala Lumpur.
Sarawak yang memiliki autonomi berhubung peraturan imigresen pernah menahan beberapa individu sebelum ini daripada memasuki negeri, antaranya ahli akademik, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua.
Sementara itu Nurul Izzah dalam satu kenyataan berkata beliau dihalang daripada memasuki negeri Sarawak mengikut Seksyen 65 (1) Akta Imigresen 1959/63, bagaimanapun menegaskan Seksyen berkenaan tidak boleh menyekat sesiapa untuk memasuki Sabah dan Sarawak untuk tujuan berpolitik.
"Insya-Allah saya akan kembali ke bumi bertuah Sarawak dan menumpukan segala usaha terhadap merancakkan lagi kebajikan anak-anak Sarawak menerusi pimpinan Yang Berhormat Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak)," katanya.
Nurul Izzah sebelum ini dirujuk kepada Jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen selepas gambar beliau bersama Jacel Kiram, anak Jamalul Kiram III yang mengarahkan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada 2013, menjadi viral di media sosial.
Topic Berkaitan
#Kuching
#Nurul Izzah
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan