Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bersetuju dengan cadangan Kementerian Pendidikan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Presidennya Kamarozaman Abd Razak berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Ahli Majlis NUTP ke-9 yang berlangsung hari ini dan melibatkan 73 anggota exco kesatuan tersebut.
"NUTP bersetuju dengan cadangan kementerian untuk mansuhkan UPSR dengan syarat mereka rujuk kepada kami dahulu.
"Kementerian perlu melibatkan kami dalam perbincangan termasuk ketika melakukan kajian mengenai perkara tersebut," katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu di sini, hari ini.
Jelasnya, keputusan itu dibuat untuk mengurangkan tekanan kepada guru di negara ini selain mengubah persepi sesetengah masyarakat yang menganggap 'A' itu semata-mata sebagai kayu ukur kualiti seseorang murid.
Kamarozaman bagaimanapun berkata pemansuhan UPSR tidak bermakna murid tidak akan dinilai sama sekali terutama berhubung kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
"Murid akan tetap dinilai tetapi oleh sekolah masing-masing dan bukannya berorientasikan peperiksaan berpusat semata-mata," katanya.
Semalam, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dilaporkan berkata kementeriannya akan memuktamadkan sama ada memansuhkan UPSR atau sebaliknya pada tahun hadapan.
Katanya, cadangan tersebut dipertimbangkan dengan mengambil kira pandangan ahli akademik tempatan, modul-modul luar negara yang diketengahkan seperti Perancis, Finland dan Korea Selatan serta agensi berkaitan selain guru-guru berpengalaman di sekolah.
Sementara itu, Kamarozaman berkata pihaknya meminta Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Bahagian Pembangunan Kurikulum kementerian supaya mendedahkan kepada orang awam skema pemarkahan bagi UPSR baru-baru ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan sesetengah pihak yang mempersoalkan prestasi guru berikutan peratusan murid yang mendapat keputusan semua A dalam UPSR tahun ini hanya 1.11 peratus dari jumlah keseluruhan 440,782 calon.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 28 2016

Persepi sesetengah masyarakat yang menganggap 'A' itu semata-mata sebagai kayu ukur kualiti seseorang murid perlu diubah. - Foto Astro AWANI

Penjana kerjaya: Pemilik syarikat didakwa kemuka dokumen palsu tuntut insentif lebih RM120,000
Dalam dokumen "Nama-nama pekerja baharu" seramai 30 orang yang dikemukakan tertuduh sebenarnya bukan pekerja Syarikat Nona Chantique Empire, miliknya.

Pelakon Bkay Nair mahu angkat fabrik tradisional Malaysia, intai pengiktirafan UNESCO
Objektif utama pertunjukan fesyen itu ialah menyediakan platform bagi pereka fesyen untuk mempamerkan kreativiti mereka dengan menggabungkan tekstil tradisional ke dalam fesyen moden.

Persiapan banjir: Selangor arah JKM sedia kemudahan asas sekali ganda
Amirudin berkata hal berkenaan berikutan berlaku lebihan mangsa banjir daripada jumlah bantuan yang disediakan ketika bencana itu pada 2021.

Hutan Simpan Bukit Enggang jadi projek perintis kajian REE
Kawasan Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik dipilih sebagai projek perintis untuk mengkaji dan melihat kesan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE).
Bantu lebih ramai miliki rumah sendiri - Juwai IQI
Kemampuan pemilikan perumahan adalah keutamaan kerana ia penting dalam memupuk kestabilan ekonomi dan kemakmuran rakyat.

New Zealand siap sedia adakan pilihan raya umum di tengah risiko kemelesetan ekonomi
New Zealand sedang bersiap sedia mengadakan pilihan raya umum pada 14 Okt, menyaksikan kira-kira 3.8 juta pengundi berdaftar memilih 120 Ahli Parlimen.
[TERKINI] Keputusan subsidi ayam dan telur dalam tempoh dua hari lagi
Keputusan berkaitan subsidi mengambil kira jualan yang mula dipasarkan di bawah harga siling serta bekalan di pasaran yang semakin stabil.
PM Thailand beri jaminan tidak jejas keyakinan pelancong
Dua individu maut dalam insiden tembakan di Pusat Beli-belah Siam Paragon, Bangkok pada Selasa.
Unjuran inflasi Malaysia kekal paras 3.1 peratus
Malaysia menunjukkan prestasi yang baik dengan pelaburan langsung domestik dan pelaburan langsung asing yang agak kukuh.
AWANI Ringkas: 15 Ketua Perwakilan Diplomatik baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hasrat Kerajaan tumpu pelajar B40, kembalikan matlamat asal SBP
Matlamat penubuhan SBP sebenarnya untuk beri peluang kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar mendapatkan pelajaran terbaik.

Wujudkan agensi tunggal urus TVET menerusi Ekonomi Madani - NUTP
Pelbagai usaha diutarakan bagi memperkasakan TVET sebelum ini, namun hasilnya masih kurang memberangsangkan.

Saman terhadap guru meningkat, NUTP saran fahami undang-undang
NUTP menyarankan agar para guru meningkatkan kefahaman tentang literasi undang-undang membabitkan sektor pendidikan susulan trend kenaikan saman terhadap mereka yang meningkat sejak dua tahun lepas.

Belanjawan 2023 telus, dengar pandangan rakyat untuk sektor pendidikan - NUTP
Peruntukan RM2.3 bilion untuk penyediaan infrastruktur serta kemudahan pembelajaran terbaik di semua sekolah, diharap dapat menyelesaikan segala isu berkaitan yang dihadapi ketika ini.

Pastikan aplikasi digital mudahkan urusan guru, bukan tambah tekanan - NUTP
NUTP berharap bahagian data dan maklumat di KPM dapat mengawal dengan lebih serius sebarang aplikasi atau sistem baharu yang diwujudkan.

Kekurangan guru: NUTP mohon KPM tawar semula jawatan guru sandaran
NUTP memohon supaya Kementerian Pendidikan menawarkan semula jawatan guru sandaran bagi menampung isu kekurangan guru termasuk di Sabah dan Sarawak.

NUTP harap Menteri Pendidikan, KPT baharu perkenal dasar progresif
NUTP berharap Menteri Pendidikan Fadhliana Sidek dapat memberikan lebih autonomi kepada akar umbi dalam merancang sesi pengajaran.

NUTP nasihat guru buat TikTok untuk pembelajaran
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menasihati golongan pendidik agar menggunakan aplikasi TikTok bagi tujuan pembelajaran dan bukan untuk mempopularkan diri.

Larangan pelajar balik asrama: NUTP setuju, cadang pengetua diberi kuasa laksana PdPR
Wang Heng Suan, tindakan itu mampu melindungi calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi daripada jangkitan COVID-19.

Kebenaran guru berpolitik: NUTP harap tiada syarat tersembunyi dalam pekeliling
Syarat tersembunyi dimaksudkan adalah yang boleh mendatangkan masalah kepada guru yang aktif berpolitik.