awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nuzul al-Quran: PM Anwar seru umat Islam banyakkan baca al-Quran

Bernama
Bernama
07/04/2023
14:28 MYT
Nuzul al-Quran: PM Anwar seru umat Islam banyakkan baca al-Quran
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam untuk memperingati peristiwa Nuzul al-Quran dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam untuk memperingati peristiwa Nuzul al-Quran dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran.
Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook beliau bersempena Nuzul al-Quran yang disambut esok berkata kitab suci yang diturunkan pada bulan Ramadan itu mengandungi mesej yang sarat dengan petunjuk yang meluruskan perbedaan antara yang haq dan batil.
Beliau berkata ia juga sebagai satu bentuk kesyukuran atas turunnya mukjizat Allah SWT yang menjadi sumber kekuatan dan kejayaan umat kelak.
"Mudah-mudahan mukjizat agung ini akan memberikan syafaat kepada kita semua di akhirat kelak, Insya-Allah," katanya.
Anwar berkata dalam bulan Ramadan juga terdapat peristiwa besar seperti Perang Badar pada tahun kedua Hijrah dan pembukaan Kota Makkah pada tahun kelapan Hijrah yang menunjukkan siri peristiwa dalam bulan Ramadan ini penting dan strategik dalam konteks sejarah perjuangan dakwah Rasulullah SAW.
Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira, Makkah iaitu tahun ke-41 keputeraan baginda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nuzul Al-Quran
#baca al-Quran
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan